Betol-betol Bengap, Bangang, Bengong dan Derhaka! Tumbuk Ibu Suruh Solat

Oleh Kaki Wayang on

http://4.bp.blogspot.com/-shIdzLzikiQ/TcSfMkOnd4I/AAAAAAAAA3k/1mTbxaQZzYI/s1600/anak-derhaka.jpg

Tiap kali baca kisah mengenai IBU, Betol-betol Hangat begitu emosi bila manusia yang dianggap paling baik, paling berharga, paling berguna, paling dihormati dan semualah yang berkaitan dengan 16 sifat moral terbaik diperlakukan seperti binatang. Rasanya binatang pon sayanag akan anaknya..dan anaknya pon sayangkan ibunya..tapi berlainan pula kisah anak derhaka ini.

Hanya kerana menasihati anak lelakinya supaya Solat dan membaca Al-Quran, sepasang suami isteri cedera ditumbuk dan ditendang pemuda itu di rumahnya, di Gombak. Difahamkan pasangan itu cedera di muka, kepala dan badan selepas dipukul lebih 15 minit oleh anak kesayangan mereka itu.

Suspek dikatakan hilang pertimbangan apabila bapanya menasihatkannya supa tidak meninggalkan solat dan selalu membaca Al-Quran dengan memberi contoh anak jiran mereka. Suspek yang bagai dirasuk hantu, bertindak menyerang bapanya namun dihalang ibunya. Susulan daripada itu, suspek menumbuk muka ibunya menyebabkan ibunya jatuh tersungkur.

Lebih malang lagi segala rayuan minta dikasihani tidak diendahkan suspek. Suspek hanya berhenti dari membelasah kedua orang tuanya apabila melihat ramai jiran yang bertandang ke rumahnya.

P/s: Bilamana kita menyakiti hati ibu kita, walaupun dengan berkata ah! Sesungguhnya Allah swt tidak akan mengampunkan kita melainkan kita mendapat keampunan dari ibu kita. Sesungguhnya syurga itu berada di telapak kaki ibu..Ibu, maafkan aku seandainya aku pernah menyakiti hatimu. (mode: Betol-betol Hangat sebak tika menaip entri ini..ingat sebak yer bukan pantulan cahaya)

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...