Betol-betol Hangat! Awas wanita!! serbuk peransang seks

Oleh Kaki Wayang on

Amaran untuk kaum wanita. Sekarang ini banyak berita pasal kes rogol dan seangkatan dengannya berpunca daripada Serbuk peransang seks nie..

Cara pengunaannya amat mudah.. dengan mengoyakkan plastiknya dan campurkan serbuk ke air minuman mangsa. Antara kesan-kesan nya adalah untuk menaikkan nafsu mangsa/perempuan secara mendadak sehingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol. Menurut sumber dikatakan harga sepeket serbuk ini hanyalah dalam RM15-20.
 
Berita penuh di metro harian.

KUALA TERENGGANU: Caranya mudah. Cuma koyak, campurkan ke dalam minuman dan kacau hingga sebati, namun kesannya amat berbahaya kerana ia dikatakan mampu meningkatkan nafsu seks wanita secara mendadak hingga memudahkan mereka menjadi mangsa rogol.

Bungkusan serbuk perangsang seks yang berharga RM15 hingga RM50 sebungkus itu kini sering digunakan lelaki hidung belang sekitar bandar ini untuk memerangkap wanita yang baru dikenali hingga ke bilik tidur. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan meminta orang ramai terutama wanita lebih berhati-hati untuk mengelakkan mereka menjadi mangsa lelaki yang melakukan jenayah seks menggunakan serbuk perangsang seks terbabit.
Menurutnya, biarpun belum menerima laporan kes khususnya rogol yang menggunakan bahan perangsang seks terbabit, polis tidak menolak kemungkinan kejadian seperti itu boleh berlaku. 

p/s- so berhati-hati pada kaum wanita, dan elakkan keluar dengan lelaki yang tidak anda kenali.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...