Betol-betol Hangat! Barcelona julang trofi Liga Juara-Juara buat kali keempat

Oleh Kaki Wayang on

Hai semua..dah agak lama Betol-betol Hangat! tak update blog..padahal sehari je pon..kali ni nak update sal bola lah..Manchester United vs Barcelona..aku ni sejak dulu lagi peminat Manchester united..setiap kali dorg main aku tak penah miss nak tgk..kalau miss live pon..aku tetap akan tgk ulangan atau siaran tertunda..pagi tadi perlawanan akhir Champions League..dan kesudahannya Manchester United kalah 1-3..sangat sedih..tapi kalau sedih pon bukan Man U nak bagi aku duit pon...ni sedikit cerita sal perlawanan pagi tadi..

 
Barcelona merangkul kejuaraan keempat Liga Juara-Juara dengan bergaya dengan membenam Manchester United 3-1 dalam aksi di Stadium Wembley.

Barcelona memecah kebuntuan pada minit ke-27 selepas mendominasi perlawanan sebaik wisel ditiupkan apabila Pedro Rodriguez berjaya membaca hantaran Xavi Hernandez.

Bagaimanapun keceriaan mereka tidak lama apabila kesungguhan Manchester United terbukti dengan sentuhan Wayne Rooney tujuh minit kebuntuan untuk mengakhiri separuh masa pertama dengan 1-1.

Permainan bersambung tidak seperti yang diharapkan buat peminat Red Devils apabila pasukan dari Catalunya itu terus mendominasi permainan.

Asakan bertali-arus mencerahkan lagi peluang juara 2009 itu memburu gol. Kawalan longgar terhadap Lionel Messi membawa padah buat pertahanan Manchester United yang melepaskan rembatan leret sehingga gagal dibaca Edwin van Der Sar.

Tatkala Messi diberi kawalan ketat, David Villa mencuri perhatian dengan kerja-kerasnya sepanjang perlawanan. Penyerang terbanyak Sepanyol membunuh sisa perjuangan lawan untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

eMMe said...

wah! tahniah la Barcelona, syok la ko dijulang begitu...kalo tak, kene baling selipar, haahahaa...

Kaki Wayang said...

Sangat kecewa tau bila Barcelona menang..aku memg mgharapkan Man U menang dan kalahkan Barca..tp xdpt pla..sakit hati..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...