Betol-betol Hangat! Filem Kongsi: Lu Langsi Lu Mati Catat RM7 juta Selepas Seminggu ditayangkan

Oleh Kaki Wayang on


http://2.bp.blogspot.com/-HCeZi52j83Q/TdDS2J1QD5I/AAAAAAAAAWc/-HePWdXKba0/s1600/Poster_Kongsi+Lu+Langsi+Lu+Mati.jpg

Nampaknya Jutawan filem Malaysia David Teo mengekalkan status sebagai penerbit filem yang Berjaya di Malaysia. Setelah seminggu tayangan di seluruh Negara, Filem Kongsi arahan Farid Kamil kini telah berjaya mengutip RM7 juta. Ini bermakna 1 hari RM1 juta berjaya dikutip. Could you believe it? What a number we got here. 


Selepas filem Adnan Sempit dan Ngangkung berjaya memecah rekod box office Malaysia, nampaknya Filem Kongsi akan sekali lagi memecahkan rekod tersebut. Dan kini David Teo telah mensasarkan kutipan sebanyak RM10 juta dan 10 juta penonton. Dan dalam tempoh 2 minggu wajib tayang yang dilaksanakan di Malaysia oleh FINAS aku rasa akan berjaya mengatasi kutipan sekaligus berjaya memecahkan rekod filem-filem terbitan beliau yang terdahulu. 


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQLdtfEAvWOitgDVBEdOwy2klIxRqMNUNN0vGlRcntBpiuIh6t-qlwQZr7kOk0QdHUDCyil4iFTgSSbHlGE0nLxLkBQ4OJFgZQDRrUTAqfzJNfd7XztNRmG55ARYGJcvtFoTsjh3l6kVKh/s400/IMG_3182.JPG

Tidak dinafikan kebanyakan filem terbitan beliau (David Teo) box-office. Filem ini diarahkan oleh Farid Kamil (FK) dan pelakon utamanya adalah Shahiezy Sam. Kebanyakan filem yang dibintangi Shahiezy Sam buat masa sekarang nampaknya begitu diminati oleh semua lapisan masyarakat.

Apapun, Tahniah kepada Filem Kongsi dan David Teo serta semua pelakon dan krew produksi filem ini. Betol-betol hangat menghargai usaha anda untuk memartabatkan filem melayu di Malaysia dan di mata dunia. Tahniah!!!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...