Betol-betol Hangat! Gangguan seksual: Menteri Perancis letak jawatan

Oleh Kaki Wayang on

Seorang Menteri Perancis hari ini meletakkan jawatan selepas dituduh melakukan gangguan seksual terhadap dua wanita, kata pegawai, dua minggu selepas bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominique Strauss-Kahn ditahan di New York atas dakwaan melakukan serangan seksual.

Menteri Perkhidmatan Awam, Georges Tron berkata, dia akan membuktikan dia tidak bersalah selepas dituduh melakukan gangguan seksual terhadap staf di dewan perbandaran di mana dia menjadi Datuk Bandar.

Rabu lepas, pihak pendakwa raya khas berkata, mereka telah melancarkan siasatan awal selepas seorang peguam mewakili dua wanita yang merupakan bekas pegawai kerajaan di Draveil, Paris menuduh Tron melakukan gangguan seksual.

"Georges Tron hari ini memaklumkan kepada Perdana Menteri, Francois Filion mengenai peletakan jawatannya," kata satu kenyataan daripada Jabatan Perdana Menteri
 
P/s: Sekarang ni, semua berita sal gangguan seksual melibatkan orang0orang atasan kan?aku pon pelik lah..kalau kat Malaysia ni apatah lagi..aib sajooooo...Betol-betol Hangat!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...