Betol-betol Hangat! Hari Keluarga PKPMS 2011: Bukit Gambang Resort

Oleh Kaki Wayang on


Pada 21-22hb Mei 2011 yang baru lalu, Persatuan Kakitangan Politeknik Muadzam Shah telah menganjurkan Hari Keluarga PKPMS 2011 di Bukit Gambang Resort..Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan pertandingan telah dilangsungkan dengan jayanya pada hari tersebut.  Antara lain tujuannya adalah merapatkan hubungan silaturahim antara staf Politeknik Muadzam Shah disamping mengenali antara satu dengan yang lain..Ya Allah skemanya ayat..tak mau skema-skema yer..

Bagi mengisi ruang masa yang ada, pihak urusetia juga menganjurkan pertandingan Telematch disamping beberapa acara-acara GRAND antaranya adalah: Pertandingan Staff Paling Vogue, Pertandingan Staff Paling Ceria, Pertandingan Pasangan Paling Romantik dan Pertandingan King and Queen of The Night (Mode dalam hati: Kalau aku pegi mesti aku menang..*larikkkkkk)

Berikut adalah senarai pertandingan dan aktiviti yang telah berlangsung pada hari berkenaan:
  1. Pertandingan Mewarna
  2. Pertandingan Make-Up Suami
  3. Pertandingan Make-Up Berpasangan
  4. Pertandingan Pakaian Mengikut Tema
  5. Pertandingan Staff Paling Vogue
  6. Pertandingan Prince of the Night
  7. Pertandingan Princess of the Night
  8. Queen of The Nite
  9. King of The Nite
  10. Pertandingan Wajah Seiras
  11. Pasangan Paling Romantik
  12. Staf Paling Ceria
  13. Telematch
Aku dah malas nak ulas..ape kata korang tengok jelah gambar aktiviti dan gambar para pemenang pertandingan pada HKPKPMS 2011 yang baru lalu ni yer...



Pertandingan Mewarna (Semua peserta serius..tu sebab leh menang)

Pertandingan Make-Up Suami ("Nyah" paling hot di PMS)
(Mode: Sori yer Balok..gurau jew)

Pertandingan Make-Up Berpasangan (Ita Menang gehtoo)
(Dalam hati Ita: Korang ingat sesihat-sihat aku ni cantik tau kalau dah mekup)

Pemenang Pertandingan Pakaian Mengikut Tema

Wah!!! Staff Paling Vogue (Sebut cam Siti Nurhaliza tau)

Prince of the "Nite"

Princess of the "Nite"..yang menang baby tau..bukan Kak Liz..ngehhh

Jangan memain..aku Queen of the "Nite" tau..Kaooo mampoo?

Ni pula King of the "Nite"..Memang sesuai sangatz

Walaupown bukan kembar seiras..tapi kitorg tetap menang tau..
(Pertandingan Wajah Seiras)

Ni tak leh nak kate la..memg romantik gitew..siap laga kepala gehtoo..romantik katenyer
(Pasangan Paling Romantik)

Ni konfem Staf Paling Ceria..pernah ke korang tgok muka Kak Iza tak ceria?
(Mode dalam hati Kak Iza: Tengok gigi lah..ceria kan?) 


Okla sesi pertandingan dah habis..gambar kat bawah ni pula sedikit gambar Telematch..aku tak dapat nak upload semua..kang habes broadband aku..



  Suasana Telematch di Bukit Gambang Resort

Sekalung tahniah kepada Persatuan Kakitangan Politeknik Muadzam Shah, anda telah berjaya menyelamatkan PKPMS dengan penganjuran Hari Keluarga pada tahun ini. Tahniah!!! Semoga pada sesi akan datang ahli-ahli PKPMS yang baru akan dapat menjalankan tugas mereka dengan jujur dan ikhlas..


P/s: Ala ruginyer tak pegi..masa ni Betol-betol Hangat! ada program lah kat Kuantan dengan Yazid Yahya dan Botak Kiut..Nak tengok Nur Kasih The Movie katenyer..pas tu Yazid nangis-nangis..pantulan cahaya katenyer..tu sebab tak dapat join..kalau pegi konfem leh menang pertandingan ape tu..pertandingan solek-menyolek ke ape ntah..takpelah..tahun depan ada lagi kan..kalau ada lagi..konfem..eh tak leh..insyaAllah aku pegi..Pihak Betol-betol Hangat! ingin memohon maaf seandainya terdapat penggunaan perkataan yang tidak sesuai..semuanya bertujuan untuk gurauan semata-mata.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
10 Comments

{ 10 Komen Membina!... read them below or add one }

zieta said...

huhuhu,,,mmg rugi sape2 yg tak g...hadiah berbakul2 bwk balik tau,,,dhla main msa telematch happening giler...huhu,.....nti bband dh byak limit upload bebanyak lg gmbr k=)
p/s : sempat lagi azri wat ayt kat gmbr ita ekkkkk=P

Anonymous said...

tu laaahhh.. sape suruh tak nak g!! kan dah nyesal!! klu aku g, mst byk anugerah yg dapat.. hahaha!!

Kaki Wayang said...

Kalau Yazid yang pegi..konfem dapat Anugerah Staff Palin Kay-Poh PMS..Artis Chantek, Artis Pemalu gitew..

Kaki Wayang said...

Haruslaaa..mestilah kene wat ayat skit..baru org yang baca tersengih-sengih

Anonymous said...

Aku rase kompem aku dpt King of the Night.. *tgh imagine baju yg akan ku pakai*

Kaki Wayang said...

Ok, kang azri upload lagi gambarnya yer..
Yazid: Ko la tu nak sangat tengok NKTM tu sampai ada pantukan cahaya kat pipi..

manjer said...

hehehe..... kay poh yazid? mcm digi wow awards pulak... hehe

Kaki Wayang said...

Konfem yazid dapat anugerah KAY-POH..kalau ada lah anugerah tu..

eMMe said...

mane gambar u azri...gambar ita nampak la...hehehee..mmg hangat la beb...manyak tol aktiviti yg diadakan...best2..hangat2! hehehe..tak penah pun sampai gambang resort, lalu penah le...heeee~

Kaki Wayang said...

Laaaa...dah namanya Blog yang Betol-betol Hangat! memanglah hangat..gambar azri tak de la..azri tak pegi..azri g dating ngan Yazid..dating gehtooo..tak lah kitorang g tgok wayang..tu yang tak dapat g tu..kalau g konfem ada gambar kat sini..Ita memang pegi..juara "mekup" lagi...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...