Betol-betol Hangat! Jennifer Lopez lancar album Love

Oleh Kaki Wayang on


Kepada peminat-peminat Jennifer Lopez..ini merupakan hadiah istimewa buat anda semua..JLo bakal melancarkan album barunya tak lama lagi...

Penyanyi Jennifer Lopez yang muncul dengan album terbarunya Love selepas empat tahun berehat daripada bidang nyanyian berkata, anak kembarnya banyak memberi inspirasi kepada penerbitan album itu.

Beliau yang juga pelakon berkata, menerusi Love dia cuba meneroka pelbagai persoalan tentang cinta.

"Emme dan Max banyak memberikan inspirasi kepada muzik dalam album ini. Album ini juga memaparkan pelbagai aspek cinta.

"Muziknya merupakan kombinasi pelbagai pengaruh. Lagu-lagu dalam album ini benar-benar mewakili saya, tetapi digarap mengikut cita rasa terkini," katanya dalam satu wawancara melalui e-mel kepada agensi berita IANS.

Album Brave merupakan album terakhir Lopez yang diterbitkan pada 2007.

"Sebagai seorang artis rakaman, saya rasa saya berjaya menyatukan muzik, tarian dan identiti saya dalam album ini," katanya yang berkahwin dengan penyanyi Marc Anthony.

Lopez, 41, berkata, dia juga berhasrat menerbitkan Love dalam versi Sepanyol.
"Saya telah merakamkan beberapa lagu dalam bahasa Sepanyol. Saya mahu menghasilkan satu album penuh dalam bahasa Sepanyol," katanya

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...