Betol-betol Hangat! Lauren Alaina calon pilihan menang American Idol

Oleh Kaki Wayang on

http://www.accesshollywood.com/content/images/146/originals/146298_lauren-alaina-and-scotty-mccreery-battle-it-out-on-american-idol.jpg

Lauren Alaina menjadi calon kegemaran juri bagi memenangi American Idol malam ini mengatasi pesaingnya, Scotty McCreery, walaupun dijangka mengalami masalah ketika menyampaikan lagu penuh emosi khas buat ibunya.
 
Alaina, 16, yang bermimpi untuk menyertai rancangan realiti itu sejak berusia enam tahun, dijangka bakal menjadi juara wanita pertama rancangan realiti itu sejak kali terakhir pada 2007 bila Jordin Sparks merangkul gelaran juara dan juga menjadikan peserta paling muda memenanginya.

http://cdn.blogs.sheknows.com/realitytvmagazine.sheknows.com/2011/05/american-idol-top-two-finale-lauren-alaina-scotty-mccreery-ryan-seacrest1.jpg

"Lauren melakukannya dengan mudah," kata ketua kumpulan Aerosmith, Steven Tyler yang merupakan seorang juri American Idol musim ini, selepas kedua-dua peserta akhir menyanyikan tiga buah lagu.

Selepas pusingan pertama dan kedua selesai dan barisan juri menganggap ia merupakan persaingan sama hebat, Jennifer Lopez dan Randy Jackson sependapat dengan Tyler bahawa Alaina mengungguli persembahan selepas mengalunkan lagu Like My Mother Does, yang akan diterbitkan sebagai lagu solonya jika dia menang.

"Ia bakal mejadi persaingan sengit malam ini (pagi esok waktu Malaysia), tetapi dengan lagu itu, anda (Lauren) mungkin akan menang," kata Lopez.

Alaina turun dari pentas semasa mengadakan persembahan lalu memeluk ibunya yang sedang menangis.
McCreery, 17, yang ketika itu berada di belakang pentas turut mengaku dia tersentuh dengan persembahan akhir Alaina. Lopez turut memuji penyanyi lagu country, McCreery dengan menggambarkan persembahannya melalui lagu sendiri, I Love You This Big sebagai sesuatu yang hebat.

Alaina mengalami masalah suara ketika sesi latihan dan pengacara American Idol, Ryan Seacrest membawa doktor ke pentas dan menerangkan tentang keadaan Alaina serta memberinya rawatan.

Pemenang yang dijanjikan kontrak rakaman akan ditentukan oleh orang ramai dan akan diumumkan selepas siaran langsung selama dua jam pada malam ini (pagi esok waktu Malaysia)

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...