Betol-betol Hangat: Maharaja Lawak: R2 Kembali, Man Tersingkir

Oleh Kaki Wayang on

Maharaja Lawak: R2 Kembali, Man Tersingkir 
 
Minggu kelapa Maharaja Lawak bukanlah hari yang baik buat juara Raja Lawak Musim ke 5, Man apabila dia diumumkan sebagai peserta yang tersingkir, sebentar tadi.
 
Mungkin hari ini ialah hari kecundang buat Man, namun bagi kumpulan R2, ia merupakan detik permulaan yang baru buat mereka apabila kembali diserap masuk ke gelanggang Maharaja Lawak setelah tersingkir di minggu ketiga dahulu.

Menariknya, kedua-dua Man dan R2 adalah juara dan naib juara untuk Raja Lawak musim ke 5 yang bersiaran tidak lama dahulu sebelum Maharaja Lawak.

Penyingkiran Man diumumkan oleh salah seorang juri tetap, pengarah Ahmad Idham. Kejutan juga dapat dirasai pada detik penyingkiran itu apabila nama Nabil turut disebut sebagai peserta yang mendapat undian terendah selain Man sendiri dan kumpulan Balas.

Ahmad Idham kemudian mengumumkan bahawa untuk tugasan minggu depan, iaitu minggu kesembilan Maharaja Lawak, setiap peserta akan ditugaskan untuk membuat persembahan bersama-sama pelawak profesional. Pelawak-pelawak profesional ini akan dipilih oleh juri-juri Maharaja Lawak sendiri iaitu Ahmad Idham, Mamat Khalid dan Saiful Apek.

Program Maharaja Lawak telah berlangsung di Studio Finas, Hulu Klang dan ia disiarkan secara langsung di Astro Warna (saluran 132).
 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...