Betol-betol Hangat! Pembantu Jualan didakwa Rogol Pelajar Dalam Kereta Mewah

Oleh Kaki Wayang on


Seorang pembantu jualan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas tuduhan merogol seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dalam sebuah kereta mewah, dua minggu lalu.
Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 22, didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa terbabit dalam sebuah kereta jenis Toyota Alphard berwarna putih di tepi Jalan Kosas 3/9, Ampang Jaya di sini pada pukul 11 pagi, 11 Mei lalu.

Pemuda tersebut didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafizah Rajuni tidak mencadangkan sebarang ikat jamin terhadap tertuduh atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan mengelakkan gangguan terhadap mangsa. Peguam Roslan Hassan yang mewakili Khairul Ivan Iqmal bagaimanapun memohon anak guamnya diikat jamin dengan alasan tertuduh telah bekerjasama dengan pihak polis sepanjang siasatan dijalankan.

Hakim Manira Mohd. Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis yang berhampiran kediamannya pada Sabtu pertama setiap bulan. Beliau menetapkan 20 Jun ini untuk sebutan kes tersebut.

Memetik laporan akhbar 12 Mei lalu, tertuduh didakwa mengekori remaja terbabit yang dikatakan sedang berjalan kaki.

Lelaki tersebut yang bersendirian didakwa telah memberhentikan kenderaan di hadapan remaja itu sebelum bertindak menariknya masuk ke dalam kereta tersebut serta merogolnya.
P/s: Manusia sekarang kalau nak buat jahat tak kira tempat..kes ni merupakan salah satu daripadanya..kepada rakan-rakan yang bergelar wanita..hati-hatilah diluar sana..jangan pakai seksi yer, jangan dok bjalan seorang diri..kene ada teman..dan jangan g kat tempat2 yang sunyi..pada pihak yang berkuasa..anda sepatutnya menitik beratkan kereta2 mewah yang menggunakan cermin gelap!!! jangan bila dah ada kes macam ni baru nak menyesal dan tingkatkan undang-undang..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...