Betol-betol Hangat! Peserta Maharaja Lawak tidak kreatif?

Oleh Kaki Wayang on

 

GARA-GARA memberikan tema bebas kepada peserta Maharaja Lawak (ML) pada minggu kelapan yang berlangsung Jumaat lalu, secara keseluruhan, persembahan mereka kelihatan hambar dan mengecewakan. Perkara ini turut mendapat reaksi yang sama daripada wakil juri pada malam itu, Ahmad Idham apabila dia menilaikan, prestasi keseluruhan peserta jatuh merudum kerana tema bebas yang tidak mampu membawa sebarang kelebihan kepada mereka.

Jelas Idham, peserta menghadapi masalah untuk mengetengahkan idea dari aspek isi kandungan yang dilihat klise dan mengulang lawak-lawak sebelum ini.

"Nampaknya peserta tidak mampu untuk menyahut tema bebas yang sepatutnya boleh memberi kelebihan kepada mereka kerana sebenarnya ia tidak terhad kepada tema tertentu sahaja. "Namun saya kecewa kerana tiadanya kreativiti yang dipertaruhkan. 

"Bezanya, mereka cuma memberikan pendekatan yang berlainan dalam persembahan tetapi isi kandungannya masih kelihatan sama," kata Idham usai program realiti yang berlangsung di studio Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ulu Klang Jumaat lalu.

Bagaimanapun, dalam kesuraman persembahan yang ditampilkan, juara Raja Lawak musim ketiga (RL3), kumpulan Sepah berjaya mencuri perhatian juri. Menurut Idham, elemen kemelayuan yang diselitkan dalam lawak jenaka Sepah memberikan kekuatan terhadap persembahan mereka.

"Sepah begitu bagus dalam mencurahkan idea menerusi persembahan mereka, Setiap minggu, Sepah akan tampil dengan lawak bersahaja dan berbeza," ujar pengarah filem Senjakala itu.
Selepas undian ditutup, keputusan malam itu menyaksikan Jambu dan Jozan berkongsi markah iaitu 57 peratus, Sepah (52 peratus), R2 (50 peratus), Nabil (49 peratus), Balas (43 peratus) dan Man (29 peratus).
Keputusan itu nyata cukup mengejutkan kerana buat pertama kalinya juara RL2, Nabil menduduki senarai tiga terbawah.

Sementara itu, juara RL5, Man yang menampilkan lawak bertemakan Selamat Hari Atuk memberitahu, dia sudah menjangka malam itu ialah malam terakhirnya di pentas Maharaja Lawak.

"Bukan mudah untuk berlawak seorang diri berbanding peserta berkumpulan. "Dalam senario yang begitu tertekan peserta berkumpulan mempunyai kelebihan kerana boleh saling bantu membantu. "Kalau berseorangan, saya tidak cukup masa untuk bersedia dan itu membuatkan saya sudah dapat mengagak bahawa saya akan tersingkir malam ini," kata Man yang akan berlakon dalam drama bersiri arahan Ahmad Idham sebaik saja keluar daripada program ML.

P/s: Betol-betol Hangat! rasa macam tahun ni payah nya kita nak pilih kan sape yang akan masuk ke Final Maharaja Lawak..sebab semua peserta yang tinggal semuanya best..agak malang kalau mereka terkeluar..cuba korang fikir..korang nak tak kalau JOZAN terkeluar?macam mana pula dengan JAMBU? SEPAH? R2? serta Nabil?mesti korang akan kecik hari giler2 kan..Betol-betol Hangat! harap semua peserta yang tinggal akan berjaya ke Final sebab takde sebab untuk mereka tersingkir..semuanya lawak giler2..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

Anonymous said...

just nak share n nie cuma pandangan peribadi shj...ramai peserta RL lebih fokus kpd utk bt org ketawa(itu perkara wajib) but mereka kurang mgunakan teknik2 berlawak spt yg digunakan oleh pelawak2 terkenal (kebanyakan luar ngra)..hanya nabil (sy bkn fans kipas mati bdk nie)shj yg mgunakan teknik2 ini dlm setiap mgu..lain2 hanya bgantung kpd rupa paras, dialog n memek muka..n ada jgk yg betul2 cedok lawak org lain n tkr jd lawak sendiri..sepah mmg kelas coz tanpa teknik tp mampu bt lawak ala melesia..jambu..gifted..ko tgk muke pon bole gelak guling2 n byk gn teknik teater..jozan..kekuatan pd kebanyakan dialog yg digunakan..lelain agak2 hampesss tp bole laaaa...

Kaki Wayang said...

Yup betol tu, tu sebab Betol-betol Hangat! tak nak ada sesape pon yang terkeluar bermula dari minggu ni..JOZAN, SPEAH, JAMBU, NABIL dan R2..BBH memang tak rela kalau sesape pon terkeluar..biarlah mereka masuk dalam final...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...