Betol-betol Hangat! Simpan Ferrari dalam rumah

Oleh Kaki Wayang on

http://lh4.ggpht.com/_aubEVxLdihI/Tdb8eQ4cDBI/AAAAAAAAJc8/aC4swbuNOxg/Kereta%20Ferrari%20disimpan%20di%20dalam%20rumah_img_1.jpg
   
KERETA Ferrari F355 milik Jon Ryder disimpan di dalam rumahnya di Sheffield, Britain.

Disebabkan taksub dengan kereta Ferrari, seorang lelaki menyediakan ruang khas bagi menyimpan kenderaan mewah di ruang tamu rumahnya. Menurut Job Ryder, dia mengubah suai garaj menjadi ruang tamu tetapi mengekalkan pintu asal supaya memudahkan kereta itu digunakan.

Hasil ubah suai berkenaan, kini Ryder boleh berehat atau menonton televisyen di sebelah kereta Ferrari F3555 Spider itu. Dia dikatakan mendapat ilham menjadikan garaj sebagai ruang tamu apabila isterinya Catherine berpindah ke situ tahun lalu. 

Dia juga telah membelanjakan RM170,993.00 untuk kereta itu, disamping telah membelanjakan sebanyak RM4,400.00 untuk mengubah suai garajnya itu.

Ferrari F3555 Spider keluaran 1996 itu mampu mencapai kelajuan maksimum 295 kilometer sejam.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...