Betol-betol Hangat! Terakhir dan Istimewa

Oleh Kaki Wayang on

http://photoselebriti.com/blog/wp-content/uploads/2010/05/Double-Trouble.jpg
 
Begitulah ungkapan terakhir kedua-dua otai rock Malaysia..kepada peminat-peminat Kumpulan Search dan Wings..jangan lupa untuk bersama menjayakan konsert mereka yang akan diadakan di Stadium Hang Jebat 27 Mei ini kerana ianya merupakan pentas penutup tirai buat kumpulan itu bergandingan.

Dipendekkan cerita, apa yang menariknya Double Trouble (DT) kali ini, Search dan Wings akan membuat persembahan dan kutipannya akan disumbangkan kepada anak yatim di Melaka. Mereka juga akan membakan kembali 25 lagu hit yang akan mengimbau kembali nostalgia lama. Bagi penonton yang hadir..anda juga mungkin berpeluang untuk memenangi Perodua Viva dan 2 buah motorsikal Modenas.

P/s: Aku pon peminat Double Trouble sebenarnya tapi tak pernah berpeluang ke konsertnya..(Mode: menaip sambil menyanyikan lagu Rahmat: Cinta Kristal versi Awie Hantu Kak Limah Balik Rumah)

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...