Betol-betol Hangat! Blazing show from Chong Wei

Oleh Kaki Wayang on


Apa yang aku boleh katakan kat sini..Lee Chong Wei sekarang sudah semakin matang apabila bermain di atas gelanggang..fizikal dan mental beliau sangat hebat..dia boleh mengalahkan semua pemain. Selagi mentalnya kuat pemain lawan tidak akan mampu mengalahkan ataupun menewaskan beliau..

Anda lihat dan tengok tak persembahan Dato' Lee Chong Wei semalam? dia hanya memerlukan 31 minit sahaja untuk menewaskan Peter Hoeg Gade yang juga merupakan musuh seterunya yang ditemui pada perlawanan akhir Badminton Super Series Terbuka Indonesia.Lee Chong Wei telah berjaya menewaskan Peter Gade yang sebelum ini hanya mampu menewaskan Chong Wei sekali dalam 13 pertemuan dengan 21-11, 21-7.

P/s: BBH harap igauan Lee Chong Wei terhadap permainan fizikal dan mental Lin Dan tidak akan mengganggu Chong Wei pada pertemuan yang akan datang sekaligus mampu membawa pingat emas pertama negara dari Sukan Olimpik 2012 nanti. Kagum dengan sikap dan permainan Chong Wei semalam.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...