Betol-Betol Hangat! Soal Jawab Agama: Taklik suami hanya ugutan

Oleh Kaki Wayang on

http://images.travelpod.com/tripwow/photos/ta-00ed-1676-d35e/baca-taklik-ni-kuantan-malaysia+1152_12982877968-tpfil02aw-19668.jpg

SUAMI saya pernah bertaklik jika saya ada berhubung dengan bekas kekasih, saya akan jatuh talak. pada tahun ini juga bekas kekasih pernah menghubungi saya untuk membayar hutang lama dia kepada saya. Saya terlupa berkenaan taklik itu sebab taklik itu dibuat ketika kami baru berkahwin. Apa yang saya boleh tahu pun ketika suami saya ada terbaca SMS daripada telefon bimbit saya dan dia bertanya kepada saya berkenaan taklik itu. Pada masa itu baru saya teringat. Saya tahu talak itu jatuh tetapi apabila saya ingat kembali suami pernah bertaklik talak tiga kepada saya. Adakah talak itu jatuh talak tiga atau tidak sebab ia adalah taklik?

Tetapi suami saya menafikan yang dia hanya berkata jatuh talak. 

Jawapan:

PERCERAIAN melalui taklik (Arab, ta’liq) jatuh talak apabila berlaku mengikut lafaz taklik itu atau dilanggar. Ini berdasarkan dalil umum: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi dan sempurnakan perjanjian-perjanjian.” (Surah al-Ma’idah, 1).

Bagaimanapun, dalam undang-undang keluarga di kebanyakan negeri di Malaysia, lafaz taklik disyaratkan pada setiap akad perkahwinan tertumpu hanya pada lafaz taklik (1) apabila suami menghilangkan diri selama empat bulan hijrah berturut tanpa berita, (2) tidak memberi nafkah zahir dan batin dan (3) menyakiti tubuh badan isteri, maka proses taklik akan berlaku.

Perceraian taklik hendaklah disahkan di Mahkamah terlebih dahulu sebelum terjadi talak. Berkenaan dengan kes anda pula, ia adalah lafaz taklik yang dibuat sebagai ugutan untuk menakutkan isteri supaya tidak berhubung lagi dengan bekas kekasih.

Menurut pendapat majoriti ulama, lafaz itu sah dan jatuh talak apabila berlaku seperti yang dilafazkan. Ini seperti yang diamalkan di negara kita.

Bagaimanapun, ada pendapat minoriti dan baru yang mengatakan perceraian taklik sebegini tidak sah kerana ia cuma bertujuan menakut-nakutkan isteri, lebih-lebih apabila berlaku pada awal perkahwinan dan ia tidak dibuat dengan tujuan untuk menceraikan isteri.

Dengan itu, perkahwinan anda dikira masih sah berdasarkan pendapat ini, lebih-lebih lagi apabila suami tidak sekata dalam perkara itu.


Korang mesti suka kalau join “contest” pas tu dapat hadiah free kan? Dah laa korang tak keluar duit 1 sen pun tup-tup leh dapat hadiah pula..Kalau dah suka meh join Betol-betol Hangat!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...