Betol-betol Hangat! Tak suka minum air putih?

Oleh Kaki Wayang on



Ramai orang jarang minum air putih. Walhal, kurang cairan boleh menyebabkan banyak kesan buruk pada tubuh. Air putih yang bersih adalah komponen penting untuk proses detoksifikasi dan melancarkan fungsi organ-organ tubuh. Air juga yang membantu  memusnahkan zat-zat yang tidak diperlukan oleh tubuh. Selain itu, air berperanan untuk proses penyucian sisa zat di dalam usus.

Info Baik

Manfaat air pada tubuh tidak memakan masa yang lama. Cuba mulakan rutin minum air putih sebanyak 2 liter sehari. Dalam tempoh sebulan, keadaan organ organ tubuh akan menjadi lebih baik. Metabolisme tubuh juga akan menjadi lebih lancar.

Apa yang perlu dibuat?

Tidak susah sebenarnya untuk menyukai air putih. Mulai hari ini, cubalah kurangkan minuman berwarna atau bergula. Paksa diri untuk sentiasa minum air putih. Mulakan dengan segelas kecil dan minum dengan kerap tanpa perlu menunggu waktu haus. Tambahkan jumlahnya setiap hari. Jus buah segar tanpa gula juga adalah pilihan terbaik. Jangan lupa untuk menambahkan pengambilan buah-buahan seperti epal, nanas dan limau.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...