Betol-betol Serius! Kenapa tak suka?

Oleh Kaki Wayang on


Menjadikan entri Cik Munnafendy (bakal jadi tunang orang) sebagai panduan aku akhirnya mengeluarkan dan mencipta artikel aka entri ini..Jap..cite sikit sal Cik Munnafendy kita ni..aku suka sangat tengok header dia ni..sebab bila aku tengok header dia ni aku teringat kat seorang kawan nama dia Norziha aka Jia (seorang pelajar jurusan TESL kat United Kingdom)..sebab apa..kalau tengok header ni gaya Cik Munna ngan Cik Jia (yg juga dah jadi tunangan orang) sangat serupa..ngan pakai speknyer, ngan cara bertudungnyer, dan maca-macam lagilah..sangat serupa..tapi bila tengok gambar kat profile tu..rupanya tak sama..cuma header tu je yang ala-ala Cik Jia..

Namun begitu, aku bukan sahaja tidak akan meletakkan Shoutmix atau ruangan untuk berborak ataupun chatting ataupun yang sewaktu dengannya..aku amat tak suka bila ada blog-blog yang sangat "menjolok" mata aku..bukan menjolok sebab seksi atau apa-apa yer..tapi sebab menyakitkan mata dan hati jew..

http://www.ewebmarketing.com.au/seoblog/wp-content/to_blog_or_not_to_blog1.jpg

Ada diantara blog-blog yang aku masuk, tengok dan baca..menarik dan ada yang aku jadikan panduan dalam men"design"kan blog aku ni..bukan tiru yerrr..tapi panduan..ada yang siap ada lagu, shoutmix bagai, seni kreatif dan macam-macam lagi untuk mencantikkan blog diorang..pada diorang memang cantik tapi pada pandangan pembaca?adoihhhh haihhh kate koooo..merimaskan..apatah lagi pemilihan background tak kena ngan tulisan teks..sampai tak nampak langsung apa yang di post kan..

http://www.masternewmedia.org/images/how-to-blog-blackboard-classroom_id785240_size485.jpg

Apa yang Cik Munnafendy kabo kan itew sangat betolll..dulu aku meletakkan shoutmix kat blog..tapi yang datang bukan sebab nak baca post kita..tapi nak singgah, blogwalking, letak iklan dan letak link suh kita follow..dan benda yang aku sangat tak suka bila orang wat mende-mende tak berpekdah..letak link kat shoutmix bagai..tapi sebenarnya spam..dan dia seorang spammer! Kekadang yang datang ke blog kita biasanya kalau blog yang ada shoutmix orang akan terus ke situ dan akan kata.."Nice blog, jom lah ke blog aku..follow yer..", "singgah jap"..wah nice blog (padahal dia tak ikhlas pon puji)..satu lagi..please lah jangan letak lagu..tumpuan larilaaaaa..

Aku nak sangat blog aku jadi tumpuan macam blog Havang Ben Ashaari atau bro eyriqazz sangat simple tapi orang yang masuk tiap hari mak aihhhh..ghamai bebenorrrr...

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...