Betol-betol Hangat! BEN ASHAARI ,AKU PILIH 3 BLOG INI KERANA

Oleh Kaki Wayang on


 
Dengan senarai yang ada kat Blog MTT..ni adalah senarai pilihan terakhir aku..top 3..



Blog Pertama: Blog MTT

Positif
Ok pertamanya aku sangat sukakan blog ni..pemilik blog ni manis pe..perghhh bodek tak hengat (dengan harapan MTT datang menjenguk blog aku) keduanya aku sukakan blog ni sebab dalam tempoh yang singkat leh dapat follower seramai itew..follower aku tak lah seramai itew..dan yang paling best aku suka ayat-ayat penulisannya yang sangat kreatif dan tak skema..sebab aku anti-tulisan artikel skema(tapi aku selalu tertulis artikel yang skema)..

Ni kira macam kritik jugaklah ni..tak banyak yang tak ok kot dalam blog ni..ramai follower sebab entrinya bagus..so takde yang tak elok kot..sume elok..designnya pown aku suka simple pimple jerawat..hahahaha..memang simple dan header tu comel..satu lagi walaupun tak berapa kenal lagi..aku rasa dia ni macam peramah je..pernah juga berborak sekali dua dalam facebook ngan dia ni..layan je..so kira peramah walaupun sekali dua je borak-borak..

Negatif
Satu je yang negatifnya..MTT jarang g blog aku..jarang baca dan tinggalkan komen..tu je…jangan marah haaaa…harap-harap pasni dia slalu datanglah blog aku yang tak standing ngan dia tu..


Blog Kedua: Pilihan Hati

Positif
Kenape ek aku suka blog ni dan menjadi pilihan aku..memang kena sangat2..title blog pilihan hati..memang sesuai jadi pilihan hati..design blog yang agak simple pimple jerawat ni menyebabkan aku memilih beliau..kemas, tersusun dan tak de widget yang mengarut tah pape..merupakan seorang guru..yihaaaa..aku memang suka berkawan ngan guru sebab aku juga merupakan seorang guru suatu ketika dulu..

Negatif
Mungkin sebab tak kenal lagi aku ni haaa…tuu sebab Pilihan Hati tak penah masuk blog aku..tak tinggalkan komen dan tak jadi follower lagi..



Positif
Oh my god…design sangat sweet..title blog sweet..kekeluargaan sangat..sejuk mata memandang..suka tengok design dan pilihan warna blog ni..upssss kejap...cuba korang baca ni..

I'm a happy mother to a lovely 2 boys aged 9 and 8 years old and to a little cute girl...am working and are getting bored with what am doing now...trying to look for another opportunities sort of helping my husband

Owhhh patutlah so sweet..mama rupanya..nak amik sebagai mak angkat leh..leh jadi mama angkat blogger pertama..kelemahan aku adalah insan bergelar mama, ibu dan mak..bila orang tanya pasal mak atau ibu ditambah dengan muzik Kitaro sebagai latar belakang pertanyaan…aku akan mudah mengalirkan air mata..sebab aku sangat sayang mak aku..

Negatif
Setakat ni tak de lagi kot..sebab mama dah jadi follower aku..Cuma tak ingat dah penah komen ke belom dalam blog aku yang tak kekeluargaan ni..hehehe..hope nanti mama datang sini tau..tunggu kehadiran mama Blub Blub..so sweet nama tu..

Oklah Abg Ben itu jelah kot yang aku dapat senaraikan antara ciri-ciri kenapa aku memilih mereka sebagai blog pilihan..secara asasnya ketiga-tiga blog ni mempunyai satu tema yang sama iaitu: 
  • BERINFORMASI
  • KELAKAR
  • EDUCATED
  • MATANG DALAM BERBAHASA DAN MENULIS
Dan yang paling best design blog-blog ni sangat sweet…sebagai designer aku tahu menilai design sesebuah blog..dan mereka bertiga tergolong dalam blog yang aku anggap BLOG PILIHAN HATIKU!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...