Betol-betol Hangat! Kumpulan Nasyid Dian (Nasyid Pelancongan Melaka)

Oleh Kaki Wayang on

Pertamanya tahniah diucapkan kepada Kerajaan Negeri Melaka dengan kerjasama Politeknik Kota Melaka, Melaka yang telah berjaya menganjurkan Majlis Tilawah Al-Quran, Festival Nasyid dan Pidato Bahasa Inggeris peringkat Politeknik Malaysia pada 225-28 Julai yang baru lalu..


Tahniah juga diucapkan kepada Kumpulan Nasyid pertama Melaka yang mengelarkan diri mereka Kumpulan Dian atas pelancaran album sulung mereka yang berjudul "PERMATA NUSANTARA"..pertamanya, wahhh hebat..boleh tahan..dah dengar dah album tu..terima kasih sebab bagi secara percuma album Nasyid Pelancongan itu..Album ini bertujuan bukan sahaja untuk tujuan dakwah tapi juga sebagai satu usaha untuk mempromosi Negeri Melaka di mata dunia..dan kita (yang hadir pada majlis MAFeP) bertuah sebab Kumpulan Dian datang dan membuat persembahan di malam penutup MAFeP hari itu.

Kepada yang belum dapatkan album sulung mereka ini..korang cuba cari kat pasaran..dan tak rugi untuk memiliki album Nasyid ini..dan BBH amat meminati lagu Setulus Dian dan Permata Nusantara..Tahniah sekali lagu Kumpulan Dian..

P/s: Nasib baik dapat free je album ni..kalau tak..tak beli pun sebab aku ni jenis yang tak suka membeli album atau apa jua jenis lagu..asyik-asyik download jew..tapi korang belilah yang original yer..support Nasyid tanahair..best album ni..cuma perlu sedikit lagi penambahbaikan..upsss..BBH pun dah ada album Nasyid tau..hehehe..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...