Betol-betol Hangat! Qari dan Qariah Malaysia JUARA tilawah al-Quran

Oleh Kaki Wayang on

http://www.bharian.com.my/articles/Surayadapatbimbinganbekasqariternama/pix_gal0

Qari dan Qariah dari Malaysia, Amirrahman Abas dan Suraya Abu Hassan masing-masing dinobatkan sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam ini. 
Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM32,200, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. 

Sebelum ini, Amirrahman dan Suraya muncul johan pada majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 di Kuching, Sarawak baru-baru ini. Johan qari memperoleh pungutan markah sebanyak 89.26 peratus manakala johan qariah mendapat 88.33 peratus. 

Sementara itu, Saudi M. Gandisa dari Filipina (88.67 peratus) dan Noor Khalidah Kaspul Anwar (88.30 peratus) dari Indonesia masing-masing muncul sebagai naib johan qari dan qariah yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...