Betol-betol Sengal! Bila Lelaki nak jadi Wanita!

Oleh Kaki Wayang on

Merujuk kepada kitab Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaili menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai wanita dan begitu juga sebaliknya, haram wanita menyerupai lelaki. Sabda Rasulullah SAW:

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال : لعن النبي صلى الله عليه وسلم المخنثين من الرجال ، المترجلات من النساء 

Maksudnya : Daripada Ibn Anas r.a berkata Rasulullah SAW melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita (HR al Bukhari) Maksud menyerupai dalam konteks hadith di atas termasuklah daripada aspek gaya rambut, perhiasan, penampilan, cara bercakap, cara berpakaian dan sebagainya. 

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-"Uthaimin menerusi bukunya Fatawa wa Rasai"il Lil Nisa" menegaskan bahawa haram ke atas lelaki menyerupai kaum wanita samada dari aspek tingkah laku, percakapan, perhiasan, cara berpakaian dan sebagainya dalam perkara yang dikhususkan untuk wanita. Begitu juga sebaliknya, haram ke atas wanita menyerupai kaum lelaki. Sabda Rasulullah SAW:
 
عن أبي هريرة رضي الله عته قال : لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم الرجل يلبس لبسة المرأة ، والمرأة تلبس لبسة الرجل 

Maksud : Daripada Abi Hurairah r.a berkata: Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki. (HR Abu Daud)   

Sumber: E-FATWA

http://www.bharian.com.my/articles/Mahkamahtolaktukarstatusjantina/pix_gal0

Semalam, hampir kesemua muka depan akhbar melaporkan mengenai permohonan Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang mahu menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu..macam inilah akibatnya kalau manusia kurang didikan agama..macam-macam hal nak dilanggarnya..aku ni bukanlah baik sangat dan alim serta warak sangat dalam bidang agama ni..tapi Allah SWT mengurniakan aku otak untuk berfikir..benda yang Allah bagi (otak) yang tidak ada bandingannya..tu sebab aku mampu berfikir mana baik dan buruknya..

Tak nak salahkan sesiapa..aku tak de hak nak salahkan sesiapa..tapi bila manusia buat salah..apa yang perlu dibuat?perbetulkan..betol tak?cuba untuk menerima hakikat bila kalau dilahirkan lelaki..just terima seadanya..bersyukur..ada jantina merupakan satu nikmat yang tiada taranya yang Allah SWT bagi..cuba korang fikir kalau Allah SWT tak bagi jantina..mampu tak nak keluarkan "gas-gas" yang tak diperlukan dari dalam badan? tak mampu bukan? janganlah kita cuba nak melawan takdir Allah SWT..kita ni kerdil sangat..

P/s: Semoga kita sentiasa tergolong dalam orang-orang yang beriman dan berguna..sesungguhnya ada hikmah disebaliknya..selamat hari Rabu! Peace..


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...