PMS Automech Racing Team Raih Tempat Ke-5!

Politeknik Muadzam Shah telah berjaya mencatat kedudukan di tempat ke-5 dari 36 jentera yang dipertandingkan merangkumi 24 institusi pendidikan IPTA dan IPTS seluruh Malaysia.

Pelajar Politeknik Muadzam Shah Cipta E-Tajwid Untuk Android!

Boleh dikatakan terdapat pelbagai aplikasi bercorak pembelajaran agama untuk para pengguna Android, dan salah satunya adalah aplikasi E-Tajwid untuk Android.

Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan!

"Pekan Sungai Lembing Bakal Bandar Pelancongan" berjaya memasuki ruangan Berita Harian pada 22 Mac 2013 yang lalu.

Program Imam Muda Musim 1 Politeknik Muadzam Shah!

Sekalung tahniah kepada penganjur program yang begitu bermanfaat ini.

Malam Sejuta Bintang PMS Berlangsung Meriah!

Malam Sejuta Bintang Berlangsung Meriah

Betol-betol Hangat! This is my 6th Blog Day!

Oleh Kaki Wayang on

http://cdn.main.nuffnang.com.my/wp-content/uploads/2011/08/BlogDay-2011.jpg

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca, pengunjung, pengikut setia dan kepada semua blogger-blogger Malaysia..kali ini kita dipertemukan lagi dalam suasana yang sangat harmoni dan sangat gembira menyambut Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan berpuasa dalam Bulan yang penuh barakah, BULAN RAMADHAN...

Entri kali ni adalah Entri mengenai Blogger's Day yang akan disambut pada 31 Ogos ini (hari ini)..bertepatan dengan Hari Kemerdekaan disusuli dengan Hari Raya Aidilfitri menyebabkan Blogger's Day sangat sesuai untuk dirai..dan dalam entri pada kali ini saya akan mengenengahkan 6 buah blog yang saya rasa bertepatan dengan syarat dan kemahuan NUFFNANG untuk saya senaraikan dalam BLOG PILIHAN yang begitu berbeza dengan blog saya..Jom kita tengok 6 Blog tersebut..

Blog 1


Tuan Empunya Blog: UNWANTED86

Blog ini dah tentulah berlainan dengan aku..aku tak nak komen bab penulisannya..sebab bagi aku penulisan blog ini boleh tahan..cuma isi yang cuba disampaikan melalui blog tersebut adalah mengenai TUTORIAL khas untuk blogger-blogger..melihat sahaja kepada followernya yang semakin ramai menyebabkan BLOG ini senantiasa menjadi pilihan kepada penggemar-penggemar blogger yang suka nak "modify" blog mereka..disamping mendapatkan pengetahuan mengenai HTML Script, dropdown menu dan sebagainya..pelbagai pengetahuan mengenai BLOG boleh didapati di sini..So, kalau korang nak dapatkan tutorial untuk modify blog korang..inilah tempatnya..

Blog 2

Tuan Empunya Blog: Lulu Pages

Sedikit mengenai Lulu Pages..Beliau merupakan Penyokong fanatik The Blues yakni Pasukan bolasepak Chelsea..

Kenapa aku suka blog ini eh? Salah satunya adalah..penulisannya yang sangat kreatif..so, tak hairanlah kalau blog dia tak pernah sunyi dengan kehadirang pembaca dan peminat-peminat blognya..banyak memaparkan pengalaman hidup, kisah-kisah jenayah, kisah kehidupan, dan macam-macam lagi..dikenali sebagai penyokong fanatik The Blues menyebabkan ramai peminat pasukan Chelsea kini merupakan peminat kepada beliau..seorang gadis yang comel, cute dan cantik ini merupakan seorang advertiser..

Blog 3


URL: MHZMC
Tuan Empunya Blog: Mohd Hakimi Zulkifly

Blog ketiga merupakan blog kepunyaan Mohd Hakimi Zulkifly..blog yang penuh warna warni kehidupan..pelbagai tips mengenai blog untuk blogger-blogger baru dipaparkan di sini..beliau melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Perlis (KMP) dan sekarang ini menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang Undang-Undang di Universiti Utara Malaysia (UUM). Beliau yang merupakan bekas pelajar MCKK dan Mantan Yang Di-Pertua JPP Kolej Matrikulasi Perlis sentiasa menampakkan kematangan penulisan dari aspek kesusasteraan mahupun dari segi pandangan politik. Beliau yang juga berminat dari sudut perlembagaan dilihat mampu mencipta karya yang dihujani dengan hujah-hujah bagi menguatkan pernyataan yang diberikan. Minatnya yang mendalam dalam sastera diperlihatkan dengan gaya penulisannya yang tampak berbunga dan penulisan dari sudut politik yang semakin matang..dan yang menariknya..SILA LIHAT GAMBAR INI:

http://3.bp.blogspot.com/-2ANXUj8ycuU/TkVEwHGhA4I/AAAAAAAABho/Df0xmlj7uVk/s1600/lawyer+cinta+8.png

Blog 4

URL: Blog Farha
Tuan Empunya Blog: Atika Farha

Sedikit mengenai beliau..I'm Farha, 21, studying Bachelor of Accountancy (hons) at Universiti Teknologi MARA (UiTM) Seri Iskandar, Perak.

Bila kita bercakap mengenai blogger yang lahir dari dunia Menara Gading sudah tentulah "dia" bijak..betul tak? melihat kepada isi kandungan blognya..banyak memperlihatkan kepada penghasilan entri yang bermutu..penulisan dan luahan rasa yang disampaikan dengan bahasa yang yang tinggi namun mudah difahami menjadikan Atikah Farha ini sangat berkebolehan dalam menulis dengan baik..belajar mengenai Akaun menyebabkan FARHA kelihatan bijak untuk digelar blogger..hahaha..kenapa? Belajar akaun biasanya hidup dengan nombor..walaupun pada hakikatnya tak semua..tapi pelik bila seorang yang belajar akaun tapi mampu menulis dengan baik..isi kandungan entry menyerlahkan lagi dirinya yangn masih student tapi bermutu dan berkebolehan..banyak kandungan entri dinukilkan berdasarkan pengalaman kehidupan lebih-lebih lagi dalam dunia pembelajaran..

Blog 5

http://2.bp.blogspot.com/-BpNaW8YLty4/TetkAk8KwtI/AAAAAAAAGTw/SSM5dF60tjs/s1600/EQ-header2.jpg

Tuan Empunya Blog: EqbalZack 

Sedikit mengenai beliau: PhD Research Student/Lecturer-Faculty of Medicine and Health Sciences (UPM).

Boleh dikatakan blogger ini sangat kreatif..selain kreatif..aku leh katakan dia ni seorang yang terpelajar..Blogger terpelajar..Beliau merupakan seorang Pensyarah di UPM..hebat tak hebat kan..denga kelulusan yang dia ada menjadikan beliau sangat kreatif dalam penulisan blog..sangat ringkas namun mempunyai maksud yang padat..banyak tip-tips yang disampaikan melalui blognya..menlis berdasarkan pengalaman yang mahu dikongsikan kepada semua blogger khasnya..dan saya merupakan salah seorang peminat setia blognya..
Blog 6


Tuan Empunya Blog: Yazidy Evangelien

Blog seterusnya datannya dari blog ini..Nama asal blogger ini adalah Yazid Yahya..seorang yang kreatif tak kira lah dalam bidang penulisan ataupun lukisan..semua dia leh buat..tips, pengalaman hidup dan review-review filem ada dalam blog ini..kalau korang tak caya tengoklah sendiri..dan apa yang aku tertarik kat sini adalah..dia sangat kreatif dalam lukisan..kenapa pula aku cakap macam tu..korang kena masuk blog dia dan komen sendiri yer..


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! This is my 6th Blog Day!

Bantulah Mereka! Tabung Kemanusiaan Somalia!

Oleh Kaki Wayang on

INI ADALAH STICKY POST..Entri terbaru di bawah!!! 

http://3.bp.blogspot.com/-a7cGA9e7zwY/TlP4wGIt2dI/AAAAAAAAQY4/3BLCNomXjxM/s1600/irm+somalia+need+helps.jpg 

Tiada kata secantik bahasa yang mampu untuk ku nukilkan..hanya berbekalkan sekeping gambar yang menceritakan sejuta rasa dan perasaan..hari demi hari berlalu..dan begitulah SOMALIA mengharungi rutin hidupnya yang kini semakin tertekan dengan krisis KEBULURAN dan macam-macam lagi..

Alhamdulillah, kita sebagai rakyat Malaysia sudah sepatutnya bersyukur dengan negara kita Malaysia..semuanya serba lengkap dan sempurna..makanan, kemudahan dan infrastruktur serta prasarana..semuanya cukup..malah berlebih-lebih..bukan itu sahaja malah ada juga yang membazir..

Berbeza dengan kehidupan dibumi Somalia..semuanya serba kekurangan..melihat kepada gambar di atas sudah boleh menceritakan bagaimana susah payah kehidupan di sana..sama-samalah kita saling bantu-membantu..dan mendermalah..sampaikan sumbangan anda kepada Tabung Kemanusiaan Somalia | Islamic Relief Malaysia..

Sila baca selanjutnyaBantulah Mereka! Tabung Kemanusiaan Somalia!

Betol-betol Hangat! SEGMEN: SAYA NAK MASUK DALAM BLOGLIST KAKI WAYANG!

Oleh Kaki Wayang on

INI ADALAH STICKY POST..Entri terbaru di bawah!!! 

http://1.bp.blogspot.com/-dSay-3ZOgcI/TjJ4WGP4ZHI/AAAAAAAAAUI/CYimSbNwysc/s728/D%2527informations%2B2a.png

Bagi membantu blogger-blogger baru yang masih lagi merangkak dalam dunia blogging..Kaki Wayang nak buat satu segmen khas untuk anda..pada yang rasa-rasa blog dia tu masih tak sampai 10,000 PV dan follower bawah 100 atau ke atas..meh join blog ni..Kaki Wayang tak kisah..apa yang baiknya SEGMEN ni..bukan dapat ape pun..tapi melalui segmen seperti inilah ianya boleh mempromosikan LINK blog anda yang orang lain tak tahu..

Syarat:

1. Letak HEADER Blog Betol-betol Hangat!
2. Terpulanglah pada korang nak jadi follower ataupun tak..
3. Bulat satu entri bertajuk: SAYA NAK MASUK DALAM BLOGLIST KAKI WAYANG!
4. Tag kawan anda 2, 3 orang ke..leh support SEGMEN ni..
5. Dah buat entri link kan entri anda ke entri ini dengan komen anda..

Objektif:

Kepada yang berjaya dan join segmen ini..dah tentu korang akan kenal ramai blogger..akan dapat walaupun tak banyak tapi KW pasti korang akan dapat trafik (leh tambah PV dan UV blog korang)..dan Blog korang akan masuk dalam BLOGLIST Favourite dan KHAS Kaki Wayang..so, peluang untuk pembaca lain untuk nampak link anda adalah besar..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! SEGMEN: SAYA NAK MASUK DALAM BLOGLIST KAKI WAYANG!

Betol-betol Simpati! Sekitar Taufan Irene di New York (Gambar)

Oleh Kaki Wayang on


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Sekitar Taufan Irene di New York (Gambar)

Betol-betol Sengal! Best ke pakai seluar dalam RM13.4 juta!

Oleh Kaki Wayang on

http://1.bp.blogspot.com/_wPXhUnYSKTI/SRMQ4yTUIVI/AAAAAAAAAfo/M-JIks-EX8E/s400/obama_as_superman.jpg
Sekadar gambar hiasan

Cerita ini tidak ada kena mengena dengan gambar di atas yer..Bagaimana agaknya perasaan dapat memakai pakaian dalam berlian berharga RM13.4 juta? 

“Menyakitkan,” itu yang dikatakan model seluar dalam Victoria’s Secret yang pernah memperagakan pakaian dalam itu, Selita Ebanks (gambar).

Selita menjadi model fesyen syarikat berkenaan dari 2005 hingga 2008. Dia terpilih memperagakan pakaian dalam 'Holiday Fantasy Bra Set' pada 2007. Pakaian itu disifatkan sebagai amat seksi dan dihiasi dengan berlian, permata, delima dan nilam yang berharga AS$4.5 juta (RM13.4 juta).

Bagi sebahagian orang, mereka tentu terfikir betapa beruntungngnya model yang memperagakan seluar dalam itu. Tapi bagi Selita, saat itu sungguh tidak menyelesakan.

“Sakit. Ya, berlian itu membuat saya sakit,” kata bekas tunang Nick Cannon itu, seperti yang dipetik oleh akhbar Huffington Post. “Saya merasakan kemaluan saya digores pada setiap langkah. Ia sudah pasti bukan cara yang betul untuk menarik perhatian lelaki. Tidak ada lelaki yang suka dengan wanita yang luka pada kemaluannya,” kata model berusia 28 tahun itu.

Menurutnya, ketika memakai seluar dalam itu, dia tidak merasa dirinya seksi.

“Itu bukan seksi, tapi seksa. Tidak ada orang yang mahu kemaluannya luka,” katanya.

P/s: Bagaimana agaknya kalau Obama jadi pelakon Superman? gempak tak? ngeeeeeee..sori yerr mr. Obama

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Best ke pakai seluar dalam RM13.4 juta!

Betol-betol Sengal! Cekik isteri ketika berbuka!

Oleh Kaki Wayang on

http://farhan271094.files.wordpress.com/2011/01/suami-vsa-isteri.jpg?w=540&h=510
Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 30 tahun mengugut mahu membunuh isterinya selain memukul dan mencekik wanita itu ketika berbuka puasa selepas ditegur isterinya berikutan tindakannya yang marah-marah di rumah mereka di Kuala Kubu Baru, di sini. Sumber berkata, dalam kejadian jam 7.30 malam Khamis lalu, mangsa yang berusia 30 tahun dicekik suaminya selain memaki hamunnya.

“Mangsa kemudian ditolak ke dalam bilik air. Mangsa terjatuh dan cuba bangun, namun suaminya menyimbahnya dengan air sebelum ditinggalkan bersendirian,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu mengugut mangsa mahu membunuhnya jika mangsa membuat laporan polis. Atas nasihat keluarga, mangsa membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Afendy mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Cekik isteri ketika berbuka!

Betol-betol Jenayah! Lelaki diculik di dalam rumah!

Oleh Kaki Wayang on

http://1.bp.blogspot.com/_p0Up_9Ve1og/TTBfrTf0JHI/AAAAAAAABGs/k4bf-lZ4GSQ/s1600/culik.jpg
Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki berusia 39 tahun kerugian wang tunai dan barang berharga bernilai kira-kira RM8,000 apabila ‘ditawan’ empat individu dipercayai menyamar anggota polis sebelum diculik di rumahnya di Jalan Kuchai Lama, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 9.30 malam, pintu rumah mangsa diketuk seseorang yang memperkenalkan dirinya Ah Heng dan sebaik membuka pintu jeriji rumahnya, seorang wanita dan dua lelaki lain berusia 30-an meluru masuk.

Seorang daripada suspek menunjukkan dokumen pengenalan diri yang kononnya kuasa polis kepada mangsa sebelum menggari tangannya. Menurut sumber, empat individu itu menuduh mangsa along dan mereka ditugaskan menggeledah rumahnya bagi tujuan siasatan.

“Suspek mengambil komputer riba, dua telefon bimbit dan dompet mengandungi wang tunai,” katanya.

Tidak berpuas hati, suspek menuduh mangsa terbabit dalam satu kes dan memintanya menghubungi seorang rakannya bagi menyelesaikan kes berkenaan. Mangsa dipaksa menyuruh rakannya memasukkan wang RM5,000 ke dalam akaunnya.

“Pada kira-kira jam 10.40 malam, suspek membawa mangsa ke sebuah hotel di Bukit Bintang dan dikurung dalam bilik terbabit. “Mereka meminta suspek memberikan nombor pin kad ATM miliknya dan membuat pengeluaran wang RM1,000 kira-kira jam 12.05 tengah malam, manakala RM4,000 pada jam 7 pagi keesokan harinya,” katanya.

Sumber berkata, selepas mendapat wang terbabit, suspek mengembalikan dompet mangsa, namun komputer riba serta telefon bimbitnya tidak dikembalikan. Mangsa dibebaskan pada jam 9 pagi dan kerana bimbangkan keselamatan dirinya, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes terbabit.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Jenayah! Lelaki diculik di dalam rumah!

Betol-betol Sengal! Hantar SMS Talak diri sendiri, ditangkap KHALWAT!

Oleh Kaki Wayang on

MALU...pasangan yang dicekup, kelmarin. 

Seorang wanita berusia 41 tahun nekad ‘menceraikan dirinya sendiri’ selepas rahsia hubungan sulitnya dengan lelaki lain sejak tiga tahun lalu dikesan suaminya.

Perbuatan itu dilakukan apabila dia mengambil telefon bimbit suaminya dan menghantar SMS ke telefon bimbitnya dengan menjatuhkan talak tiga terhadapnya demi memastikan dia dapat meneruskan hubungan sulit dengan kekasihnya. Bagaimanapun, perbuatan curang wanita itu sejak hampir dua tahun lalu terbongkar apabila dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ketika bersekedudukan bersama kekasihnya di sebuah rumah di Setapak, di sini, kira-kira jam 1 pagi, kelmarin.

Suami mangsa, ahli perniagaan dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) berusia 48 tahun yang mahu dikenali sebagai Jason, berkata dia dan isterinya mendirikan rumah tangga sejak 1996 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu dua perempuan serta seorang lelaki berusia 10 hingga 16 tahun.

Jason yang sering pulang ke negara asal untuk menguruskan perniagaannya berkata, dia mula mengesyaki kecurangan isterinya itu selepas terserempak wanita terbabit bersama lelaki lain turun dari sebuah hotel di Ampang pada hujung 2009.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Hantar SMS Talak diri sendiri, ditangkap KHALWAT!

Betol-betol Simpati! Benjy masuk ICU

Oleh Kaki Wayang on

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BenjymasukICU/frontpage.jpg

“Lemah”. Hanya itu perkataan yang keluar dari mulut pelakon, Khairil Benjamin Ibrahim, 33, atau lebih dikenali sebagai Benjy yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, di sini, selepas diserang penyakit asma kronik. Difahamkan Benjy dimasukkan ke hospital berkenaan sejak tiga hari lalu kerana menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di hidungnya yang selama ini menyebabkan dia sukar bernafas.

Bagaimanapun, selepas pembedahan itu dia diserang asma teruk sehingga memerlukannya menggunakan alat bantuan pernafasan. Anak lelaki tunggal seniwati terkenal Azean Irdawaty itu ketika ditemui di hospital berkenaan, petang semalam kelihatan payah bercakap akibat kesukaran bernafas.

Alat bantuan pernafasan sudah dibuka dan dia boleh bernafas sendiri walaupun dalam tersekat-sekat. Walaupun lemah, keadaannya stabil, tetapi belum mengetahui bila dapat keluar dari wad berkenaan.

“Lemah, tapi lebih baik,” katanya, sambil sesekali memejamkan mata dan sering menarik nafas panjang.

Benjy berkata, sepanjang berada di hospital dia ditemani bapanya, Khairil Anuar Zainal Mukhtar. Ini kali kedua Benjy dimasukkan ke ICU akibat diserang asma. Pada 20 April lalu, Benjy yang ketika itu dalam perbicaraan membabitkan kes dadah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dimasukkan Hospital Pakar Damansara kerana mengalami masalah pernafasan dan asma.

Benjy sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila ditahan polis di rumahnya Mac tahun lalu, untuk membantu siasatan kes pengedaran dadah. Selepas lebih setahun kes itu dibicarakan di mahkamah, Benjy dikenakan hukuman denda RM5,000 kerana kesalahan memiliki 0.24 gram syabu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Hafizza Sauni, 17 Ogos lalu. 

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Benjy masuk ICU

Betol-betol Sengal! Isteri simbah muka suami dengan cuka getah

Oleh Kaki Wayang on

PARAH...mangsa melecur pada muka dan badan  akibat disimbah asid oleh isterinya. 


Seorang peniaga murtabak melecur di muka dan separuh badan manakala mata kanannya kabur akibat disimbah sejenis cecair dipercayai cuka getah oleh isterinya selepas mereka bertengkar dalam kejadian di Kampung Kok Lanas di sini, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa, Mahyudin Abdullah, 47, sedang menguli tepung roti canai di rumahnya untuk dijadikan doh sebelum dijual kepada pelanggan di bazar Ramadan Kok Lanas. Ketika asyik menguli tepung roti canai itu, tiba-tiba datang isterinya membawa sejenis cecair dipercayai asid dalam sebuah bekas sebelum menyimbah ke arahnya menyebabkan mangsa menggelupar kepanasan.

Insiden itu menyebabkan mangsa dikejarkan ke sebuah klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan awal sebelum dibawa menaiki sebuah ambulans ke wad kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) berikutan keadaannya yang kritikal.

Difahamkan, perselisihan faham berkenaan berlaku dua hari lalu, menyebabkan isteri mangsa yang berusia 40-an nekad menyimbah cuka getah ke tubuh suaminya.

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Isteri simbah muka suami dengan cuka getah

Betol-betol Gempak! Giveaway kepada pengunjung Blog Betol-betol Hangat!

Oleh Kaki Wayang on

Ok Giveaway ini tak perlu nak buat header atau pape pun..apa yang korang perlu buat hanyalah..:-

Kunjungi Blog Betol-betol Hangat!
Like Fanpage D'Informationz

Update setakat ini:-


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Giveaway kepada pengunjung Blog Betol-betol Hangat!

Betol-betol Kagum! Ini Kisahku - Catriona Ross

Oleh Kaki Wayang on

Ini merupakan satu lagi kisah pengajaran dan iktibar yang boleh diambil dari artis-artis tanahair..lihat bagaimana mereka berubah dari "kurang baik" kepada yang lebih baik..semoga Allah SWT akan memberikan hidayah kepada kita semua..



Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kagum! Ini Kisahku - Catriona Ross

Betol-betol Kagum! Ini Kisahku - Wardina Saffiyah

Oleh Kaki Wayang on

Jom kita muhasabah diri..tonton video ini dan ambil iktibar serta pengajaran daripadanya..semoga ianya akan menjadi satu titik tolak perubahan kepada kehidupan kita..terimalah INI KISAHKU - WARDINA SAFFIYAH


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Kagum! Ini Kisahku - Wardina Saffiyah

Betol-betol Simpati! Tidakkah kamu kasihan melihat mereka?

Oleh Kaki Wayang on

Dari tadi aku asyik berblogwalking..singgah je kat blog BANGKU KOSONG aku terpandang satu entri mengenai Tabung Kemanusiaan Somalia..masuk je entri kat situ..terpampang gambar-gambar yang sangat menyayat hati..lebih-lebih lagi di bulan puasa dan hari raya yang bakal disambut esok..kalaulah masyarakat SOMALIA itu ada diantara mereka seorang MUSLIM..agak-agaknya bagaimana eh diorang sambut raya? dengan makanan yang tak cukup..masalah air yang tak kesudahan, peperangan yang semakin menjadi-jadi..Tidakkah kamu kasihan melihat mereka?











Jika anda kasihan melihat mereka..maka bantulah mereka sedaya yang mungkin..sesungguhnya beramal tidak akan menyebabkan kamu miskin dan harta berkurangan..malah ianya akan menambah kesucian dan kebersihan harta kamu..

Lagi cerita di sini: Tabung Kemanusiaan Somalia

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Simpati! Tidakkah kamu kasihan melihat mereka?

Betol-betol Sengal! Arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Oleh Kaki Wayang on

Minggu lepas dah hantar dah kad raya kepada semua yang join SEGMEN: Saya Nak Kad Raya dari Kaki Wayang..sekali pas balik je dari pejabat post..tengok kat meja..terlupa lagi satu KAD RAYA..arghhhhhhhhhhh!!! nak jugak aku hantuk-hantuk kan kepala ke dinding...


Kepada Natasha Ereena..mintak maaf KAD RAYA awak rasanya akn sampai lewat ke peti surat rumah awak..minta maaf sesangat..tak sengaja..ari ni Kaki Wayang post kan yerrr..


Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Arghhhhhhhhhhhhhhhhh!!!

Betol-betol Hangat! Dunia blog semakin sunyi!

Oleh Kaki Wayang on

http://blog.openviewpartners.com/files/compendium/alone_by_hidden_target.jpg

Hari ini merupakan hari terakhir berpuasa..bagi orang yang beriman sudah tentu berlalunya Bulan PUASA yang penuh barakah ini merupakan suatu kehilangan yang amat besar..Para anbia', Para Syuhada' sudah tentu menangisi akan pemergian bulan yang penuh dengan kerahmatan dan keampunan ini..

Namun bagi orang yang hipokrit..dia akan letak kat STATUS FB dia macam ni..sedihnya bulan puasa dah nak habis..dah tak dapat nak puasa dah..sedihlaaa..mesti i rindu kan bulan puasa ni..rindu nak bangun sahur nak berbuka dengan "boipreng" dan "gelpreng"..padahal dalam hatinya..yayyyy dah nak habis puasa dah..tak de dah seksaan tak leh nak makan waktu siang..dah tak payah dah bangun pagi dan kacau tidur ku..dah tak perlulah nak bercinta tapi tak pegang tangan atau pegang-pegang siang-siang..keji tak? pada yang terasa dengan apa yang aku tulis ni minta maaf yerr..siapa makan lada dia akan....? Fikir-fikirkanlah..

Berbalik kepada tajuk..memang dunia blog sekarang dah semakin sunyi bukan sebab semua tak nak berblog sebab Nuffnang tak bagi BE atau dalam akaun masih lagi RM0.25 sen..tapi sebab esok dah nak raya dah..mood nak berblog dah hilang dah..tu sebab sunyi tu..semalam aku rasa macam payah je nak sampai 1000PV..sebab dah masuk kul 2.00pm pun PV baru masuk 200PV..sekali tengok balik statistik..rupa-rupanya sampai jugak 1200PV..hahahaha..Tjanks kengkawan support blog ni yer..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Hangat! Dunia blog semakin sunyi!

Betol-betol Tazkirah dan Ucapan Gempak Aidilfitri!

Oleh Kaki Wayang on

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/307892_2393553760476_1299872792_32887024_3699385_n.jpg 

Khas dari Kaki Wayang..Selamat menyambut Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..ramai orang ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir..Batin tak de eh..kenapa batin eh? ada sesetengah dari kita menganggap batin tu hanya untuk suami isteri atau hal-hal dalam bilik atau yang sewaktu dengannya..
Cuba anda fikir situasi ini pula:
  • Dengki kat seseorang
  • Wat khianat kat seseorang
  • Memikirkan sesuatu yang tak elok supaya terjadi kat orang yang dibenci
  • Mengumpat orang even dalam hati
Dan semua itu dibuat tanpa luahan kepada orang lain..tapi dibuat dalam hati je tanpa diluahkan dan dilepaskan kepada yang berkenaan (mangsa/ kawan)..bukankah perkara dalaman (dalam hati) itu merupakan perkara BATIN? perkara yang kita tak nampak melainkan orang itu sendiri tahu akan dirinya? Maka di sinilah kita perlulah memohon keampunan Maaf Zahir dan Batin..

Meh baca sesuatu mengenai Sunnah Rasulullah dalam gembira berhari raya:

Mengikut sunnah Nabi, apabila para sahabat bertemu, mereka akan mengucapkan "Taqabbalullah Minna Waminka" yang bermaksud, "semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu". 

Tidak kah dengan mengucapkan kalimah itu lebih baik daripada memikirkan, melakukan dan mengucapkan serta mengungkapkan sesuatu yang sia-sia? Fikir-fikirkanlah..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN khas kepada semua Bloggers, pembaca dan pengunjung serta semua FOLLOWER-FOLLOWER setia Blog Betol-betol Hangat! Sayang kamu laju-laju..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Tazkirah dan Ucapan Gempak Aidilfitri!

Betol-betol Sengal! Isteri disimbah asid, suami dicampak tepi jalan selepas disamun !

Oleh Kaki Wayang on

http://2.bp.blogspot.com/-cuEa0jhXY8M/TcaQRicOStI/AAAAAAAAd-o/JSza1ZfWn0c/s1600/Zarina+Wahab+mangsa+simbah+asid.jpg
Sekadar gambar hiasan

Seorang wanita melecur kira-kira 20 peratus pada bahagian muka, leher, mata dan dada akibat disimbah asid oleh dua lelaki dalam kejadian samun di Guar Chempedak dekat Yan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 malam apabila kereta Proton Waja yang dinaiki Rosnani Husin, 53, bersama suaminya dipercayai ditahan oleh dua lelaki yang tidak dikenali di sebuah stesen minyak di Kota Sarang Semut dekat sini. 

Katanya, dua lelaki terbabit berpura-pura mahu menumpang kereta mangsa disebabkan kereta mereka kehabisan minyak dan suami mangsa bersetuju menumpangkan kedua-dua suspek menuju ke Jalan Baru melalui Jalan Permatang Buluh, Kota Sarang Semut. 

"Ketika dalam perjalanan suspek, dikatakan mengacu pisau kepada kedua-dua mangsa dan mengikat kaki dan tangan suami mangsa sebelum mencampakkannya di tepi jalan di Jalan Baru, Bukit Besar. "Kira-kira 50 kilometer dari tempat suami mangsa dicampak, suspek memberhentikan kereta (berdekatan Guar Chempedak) lalu menyimbah asid ke muka mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Suami mangsa dijumpai orang awam dalam keadaan kaki dan tangan berikat manakala mangsa dan kereta yang ditinggalkan ditemui Polis Guar Chempedak. Jumlah kerugian yang dialami pasangan suami isteri terbabit belum dikenal pasti. Adzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dengan mendatangkan kecederaan. Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk menerima rawatan.

Pengarah HSB Dr Juita Ghazali ketika dihubungi berkata, mangsa dirawat di Unit Rawatan Kebakaran dan dalam keadaan stabil. Mangsa terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan kerana menghadapi masalah paru-paru disebabkan terhidu asid yang terkena padanya. Suami mangsa ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemuramah kerana masih trauma dengan kejadian yang menimpa isterinya itu.

Sumber: Bharian Online

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Isteri disimbah asid, suami dicampak tepi jalan selepas disamun !

Betol-betol Sengal! Penerbit Filem Batman Cabul Pembantu Peribadi!!

Oleh Kaki Wayang on

http://www.laweddie.com/wordpress/wp-content/uploads/2009/07/sexual-harassment.jpg
Sekadar gambar hiasan yang tak patut dicontohi!!!

Juri semalam mendapati penerbit filem, Jon Peters, 66, bersalah atas tuduhan mencabul dan mengarahkan lelaki itu yang terbabit dengan filem Batman supaya membayar lebih AS$3 juta (RM9 juta) kepada bekas pembantu peribadinya. 

Keputusan panel juri terdiri daripada sembilan wanita dan tiga lelaki itu membolehkan Shelly Morita, 44, menuntut bayaran pampasan RM9 juta itu. Shelly mendakwa Peters merangkak ke arahnya di atas katil dan menyentuhnya ketika mereka berhenti rehat dalam penggambaran filem Superman Returns di Australia pada 2006.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Penerbit Filem Batman Cabul Pembantu Peribadi!!

Betol-betol Gempak! Manchester United mengamuk, belasah Arsenal 8-2

Oleh Kaki Wayang on


Dua pasukan Manchester, Manchester United dan Manchester City unggul dalam pertembungan menentang kelab London awal pagi tadi apabila membelasah lawan masing-masing dengan jaringan besar, sekali gus meletakkan diri mereka selaku pilihan merangkul gelaran Liga Perdana musim ini.

Penyandang juara, United menambah derita Arsenal menerusi kemenangan besar 8-2 di Old Trafford hasil ledakan hatrik Wayne Rooney, dua gol daripada Ashley Young dan Nani, Park Ji-Sung serta Danny Welbeck masing-masing tidak ketinggalan menyumbat satu gol.

Terdahulu, City pula membenam Tottenham Hotspur 5-1 di White Hart Lane. Edin Dzeko menjadi pemain pertama menyumbat empat gol dalam saingan Liga Perdana England musim ini manakala Samir Nasri mencipta gerakan untuk dua gol pembukaan dalam penampilan pertamanya ketika membantu Manchester City membelasah Tottenham Hotspur 5-1 di White Hart Lane, semalam.

Ini adalah kemenangan ketiga berturut-turut yang dicatat City musim ini, sekali gus membolehkan skuad bimbingan Roberto Mancini itu terus menerajui liga dengan mengumpul sembilan mata maksimum dan menjadikan pasukan Eastland itu sebagai calon pilihan untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana buat kali pertama.
 
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Gempak! Manchester United mengamuk, belasah Arsenal 8-2

Betol-betol Sengal! Peniaga disimbah asid oleh isteri!

Oleh Kaki Wayang on

 

Seorang peniaga murtabak berusia 47 tahun, cedera di muka dan badan selepas disimbah sejenis cecair dipercayai asid oleh isterinya di Kampung Kok Lanas dekat sini hari ini. Kejadian berlaku pukul 9.30 pagi ketika peniaga terbabit yang mempunyai seorang anak perempuan berusia 15 tahun, sedang menyiapkan adunan murtabak di rumahnya. Salah seorang ahli saudara mangsa berkata, dua hari sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara pasangan suami isteri itu namun punca pertengkaran itu tidak diketahui.

"Mangsa memberitahu, isterinya tiba-tiba datang dan menyimbah sejenis cecair dipercayai asid ke arahnya menggunakan bekas air dan mengenai muka dan badan sebelah kanan," kata ahli saudara mangsa itu yang enggan dikenali ketika ditemui di Wad Kecemasan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hari ini. 

Menceritakan lebih lanjut berhubung kejadian tersebut, lelaki itu berkata, dia dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh penduduk kampung.

"Ketika kejadian, saya ada di rumah di Kampung Sokor dan orang kampung datang memberitahu, mangsa dibawa ke klinik berhampiran untuk dirawat. "Saya terus ke klinik untuk melihat keadaan mangsa. Bagaimanapun, dia terpaksa dirujuk ke HRPZ II untuk rawatan lanjut," ujarnya.

Sehingga kini, katanya, keluarga mangsa belum sama ada untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut atau sebaliknya. Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika ditemui pemberita berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

P/s: Lagi, lagi kes simbah asid..suka sangat nak simbah menyimbah ni..adoih haihhh..macam-macamlah..

Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sengal! Peniaga disimbah asid oleh isteri!

Betol-betol Insaf! Hikmah Janda Insaf!

Oleh Kaki Wayang on


Ada yang menghantar surat berserta biodata lengkap seperti surat memohon kerja, meluahkan perasaan secara bertulis, malah tidak kurang yang lebih ‘gentleman’ berjumpa ayahnya semata-mata mahu menyampaikan hasrat di hati. Memegang status janda popular menyebabkan Kartika Sari Dewi Shukarnor, 34, menjadi perhatian ramai lelaki, sama ada orang kebanyakan mahupun berstatus VIP.

Lebih-lebih lagi kisahnya menjadi perhatian tiga tahun dulu berikutan kesanggupannya menjalani hukuman sebat atas kesalahan minum arak dan sejak itu setiap perkembangannya menjadi hiasan di dada akhbar hinggalah kisah perceraiannya dengan seorang warga Singapura. Namun, buat masa ini, tidak terlintas di hati wanita kelahiran Kampung Jawang, di sini, itu untuk mengakhiri zaman jandanya, apatah lagi dia baru kehilangan anak sulung, Mohamad Azfar Muhammad Affandi, 9, akibat lemas pada 8 Mei lalu. Kartika tidak menafikan tertarik dengan surat ‘lamaran’ diterima, namun individu yang melamarnya merahsiakan beberapa maklumat, terutama status terkini.

“Surat yang saya terima rata-rata menyertakan maklumat positif, namun saya terpaksa menolak kerana mereka masih berstatus suami orang. “Saya tidak percaya 100 peratus maklumat diberi, sebaliknya melakukan siasatan bagi memastikan ia benar,” katanya ketika ditemui Metro Ahad, di sini.

Menurutnya, dia tidak sanggup menghancurkan hati wanita lain semata-mata mahu mengakhiri status janda kerana percaya faktor takdir yang pasti berbalik kepadanya jika melakukan sesuatu yang buruk. Katanya, bukan bermakna dia menutup pintu hatinya kepada lelaki lain selepas bercerai dengan bekas suami, Muhammad Afandi Amir, 39, tahun lalu, tetapi Kartika enggan memikirkannya dalam masa terdekat.

“Saya baru mengambil alih perniagaan inap desa Perak River Safari daripada ayah dan tumpuan kini hanya kepada kerja untuk mempromosikannya yang diuruskan bersama dua abang saya. “Wanita mana tidak mahu hidup bersama lelaki bergelar suami, tetapi ia (berkahwin) bukan keutamaan saya dalam tempoh lima tahun ini. “Namun, jika ditakdirkan bertemu jodoh dalam tempoh itu, siapalah saya untuk menolaknya,” katanya.

Kartika berkata dia tidak meletakkan syarat bagi mereka yang ingin menyuntingnya sebagai suri hati tetapi paling penting, lelaki berkenaan menerima anaknya, Wann Kaitlynn Saridewi Muhammad Affandi, 7.

Katanya, anak adalah keutamaannya kini, lebih-lebih lagi sejak melalui kejadian sedih yang meragut nyawa anak sulungnya ketika insan lain yang bergelar ibu gembira menyambut Hari Ibu. Bagaikan menjadi penawar duka, Kartika menerima seorang kanak-kanak berusia 10 tahun yang diberi seorang wanita seminggu selepas pemergian Azfar untuk dijadikan anak angkat. Kanak-kanak perempuan itu yang dikenali sebagai Qaisara tidak dianggap pengganti Azfar, sebaliknya sebagai kawan kepada Wann Kaitlynn.

“Qaisara tidak akan sama dengan Azfar kerana anak sulung saya mempunyai tempat istimewa dalam hati saya dan dia (Azfar) tetap saya kenang dan sayang sehingga ke hujung nyawa. “Bagaimanapun, saya tetap mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada Qaisara kerana dia adalah amanah yang perlu saya pelihara dengan sewajarnya,” katanya.

Seperti Azfar, Qaisara tergolong dalam kategori kanak-kanak istimewa kerana mengalami masalah lembam tetapi Kartika reda menerima kekurangan anak angkatnya itu.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Insaf! Hikmah Janda Insaf!

Betol-betol Sedih! Kami ditendang seperti haiwan!

Oleh Kaki Wayang on

KESAL... Muhammad Farzuan (kanan) dan Fendi menunjukkan laporan polis yang dibuat, semalam. 

“Kami dipukul, dipijak dan ditendang seperti haiwan di depan orang ramai, sedangkan kami tidak melakukan apa-apa kesalahan,” dakwa dua sahabat apabila dipukul sekumpulan 15 anggota skim rondaan sukarela (SRS) di Batu Ferringhi, di sini, malam Khamis lalu. Muhammad Farzuan Romzi, 20, dan Fendi Abdul Latif, 21, masing-masing dari Teluk Bahang berkata, kejadian berlaku jam 11.30 malam ketika mereka mengunjungi rumah seorang rakan di Mutiara Apartment, Batu Ferringhi.

Bagaimanapun, Muhammad Farzuan berkata, rakannya yang menetap di tingkat empat tiada di rumah dan mereka menunggu di tepi tangga sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang mendakwa mereka anggota SRS sebelum memukul mereka menggunakan kayu, besi dan topi keledar. Katanya, dia dan rakannya hampir pengsan selepas dibelasah tanpa belas kasihan dan mengalami lebam di seluruh anggota badan dan muka sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.


“Saya terkejut dengan kejadian itu dan lebih menyedihkan apabila dituduh cuba melakukan jenayah pecah rumah dan menghidu gam selain dibelasah dan diseret dari tingkat tiga hingga tingkat bawah tanpa belas kasihan serta diperlakukan seperti binatang,” katanya.

Fendi berkata, dia kesal kerana kumpulan lelaki itu mengambil tindakan tanpa usul periksa, selain trauma dengan kejadian terbabit. Berikutan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Ferringghi, jam 11 pagi semalam bagi meminta polis melakukan siasatan.
Sila baca selanjutnyaBetol-betol Sedih! Kami ditendang seperti haiwan!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...