Betol-betol Hangat! Zizan pakai BOXER dikhalayak ramai?

Oleh Kaki Wayang on

http://filemwayang.com/wp-content/uploads/2011/08/poster-hantu-bonceng.jpg 

Hahahaha..tajuk propa sangat..meh baca kenapa tajuk PROPA macam tu..ini semua gara-gara watak dalam filem lakonannya HANTU BONCENG..

Bercerita mengenai watak Amran yang dibawakannya dalam filem arahan Ahmad Idham berkenaan, kata Zizan, watak tersebutnya sememangnya berat. Meskipun, ianya sebuah filem komedi namun dia enggan mencipta komedi tersebut. Sebaliknya, dia mahu komedi itu wujud dengan sendirinya.

"Banyak adegan yang susah untuk saya lakonkan dalam filem ini. Tapi, saya telah cuba berikan yang terbaik. Saya tak mahu cuba buat komedi tapi saya mahu orang ketawa kerana komedi itu wujud dengan sendirinya.

"Malah, antara babak yang susah untuk dilakonkan adalah sewaktu ianya dilakukan di kubur kerana saya perlu serius namun ada juga saya lihat orang ketawa ketika itu. Selain itu, babak ketika saya ditinggalkan dalam keadaan tak berbaju dan hanya memakai boxer. Memang malu rasanya masa itu kerana dilakonkan di tempat umum. Tapi saya cuba kawal diri dan nak cepat-cepat selesaikan babak itu," jelasnya lagi.

Enggan mensasarkan kutipan untuk filem tersebut kerana tidak mahu kecewa, jelas Zizan, sekiranya filem tersebut ditonton dan diterima ramai sudah cukup memadai buatnya. Filem Hantu Bonceng akan ditayangkan pada 1 Syawal ini.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...