Betol-betol Insaf! Sudah Tunaikan Zakat Fitrah 2011?

Oleh Kaki Wayang on

http://www.amaliah-astra.com/file/aaa/zakat_harta/20090408080744-3_3%20Harta%20Zakat.jpg
Satu benda lagi yang belum aku buat..ni lah..ZAKAT FITRAH..tak bayar-bayar lagi..adoihh haih..bilo la nak pegi bayar ni...semalam dan hari ni ada Pusat Pembayaran Zakat kat Politeknik Muadzam Shah..dekat je dari tempat keje..tapi itulah..kadang-kadang benda yang baik itulah yang selalu je payah nak buat..

Amacam ngan korang wahai kengkawan blogger sekalian? Dah tunaikan Zakat Fitrah belum? Dosa tau tak bayar zakat..pada yang dekat ngan Muadzam Shah, Pahang tu..jom kita ramai-ramai g kat Pusat Islam bayar zakat fitrah sama-sama..semoga dengan zakat itulah akan dapat membersihkan harta-harta kita dan menambah pahala ramadhan..Amin...

Harap-harap hari ni aku dapat tunaikan tanggungjawab itu..dan kengkawan semua..korang jangan buat-buat lupa pula yer..alahhh setahun sekali je bayar..RM7 je...!!!


P/s: Biasanya RM 7 itulah yan payah tu..tapi bila nak beli rokok RM10 boleh pula..tanpa fikir panjang.. terus beli rokok..padahal Zakat tak bayar lagi..

KADAR ZAKAT FITRAH 2011 | 1432H


Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...