Betol-betol Sengal! Doktor dibunuh kejam

Oleh Kaki Wayang on

 

Seorang doktor yang bertugas di Penjara Bentong dibunuh dalam keadaan ngeri apabila kepalanya dipenggal hingga putus oleh penjaga kebun, seorang lelaki warga Bangladesh semalam. Dr. Harjit Singh, 61, dipercayai mati akibat ditetak pada pukul 8 malam tadi di rumahnya di kebun yang terletak 50 meter dari jalan di Kampung Sertik dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasegaran berkata, mangsa dipercayai dibunuh ketika berehat di kerusi di anjung rumahnya.

"Polis menemui sebilah parang tidak jauh dari tempat kejadian yang dipercayai digunakan suspek untuk menetak leher mangsa sehingga putus," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati pekerja itu menyerang mangsa dari arah belakang dan dia dikatakan memenggal leher doktor terbabit sehingga putus. Beliau berkata, pembunuh tidak melarikan diri sebaliknya menyerah diri di tempat kejadian selepas menghubungi polis pada pukul 11. 40 malam tadi.

Katanya, kes itu di siasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dengan niat dan dipercayai berpunca dari salah faham namun motif sebenar kejadian masih disiasat. Mangsa adalah doktor yang bertugas secara kontrak di Penjara Bentong sejak tiga tahun lalu merupakan abang ipar kepada Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh.

Katanya, suspek pembunuhan kejam ini direman sehingga 29 Ogos depan bagi membantu siasatan. Dia bekerja di kebun tersebut sejak tiga tahun lalu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...