Betol-betol Sengal! Ibu dituduh bunuh bayi sendiri!

Oleh Kaki Wayang on


Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan pada hujung tahun lalu. Marsuzana Che Muda, 32, didakwa membunuh Alia Miazara Mohd. Azim di rumahnya di Kampung Gaal Tengah, Pasir Puteh di sini antara pukul 4.30 pagi dan 5.30 pagi, 12 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdul Razak Wan Hussin sementara peguam bela, Mohd. Zawahid Ya dan Nor Erini Mustafa Kamal mewakili Marsuzana.

Hakim Azman Abdullah menetapkan 16 Oktober untuk perbicaraan terhadap wanita tersebut yang tidak dibenarkan ikat jamin kerana pertuduhan melibatkan hukuman mati. Akhbar sebelum ini melaporkan seorang wanita telah ditahan untuk membantu siasatan berhubung kematian bayi perempuannya setelah tidak sedarkan diri dalam pangkuannya.

Kejadian itu disedari bapa wanita berkenaan, Che Muda Salleh, 60, yang tiba-tiba mendengar jeritan anaknya itu semasa di rumahnya, kira-kira pukul 6 pagi. Bayi malang itu kemudian disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...