Betol-betol Simpati! Benjy masuk ICU

Oleh Kaki Wayang on

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BenjymasukICU/frontpage.jpg

“Lemah”. Hanya itu perkataan yang keluar dari mulut pelakon, Khairil Benjamin Ibrahim, 33, atau lebih dikenali sebagai Benjy yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya, di sini, selepas diserang penyakit asma kronik. Difahamkan Benjy dimasukkan ke hospital berkenaan sejak tiga hari lalu kerana menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di hidungnya yang selama ini menyebabkan dia sukar bernafas.

Bagaimanapun, selepas pembedahan itu dia diserang asma teruk sehingga memerlukannya menggunakan alat bantuan pernafasan. Anak lelaki tunggal seniwati terkenal Azean Irdawaty itu ketika ditemui di hospital berkenaan, petang semalam kelihatan payah bercakap akibat kesukaran bernafas.

Alat bantuan pernafasan sudah dibuka dan dia boleh bernafas sendiri walaupun dalam tersekat-sekat. Walaupun lemah, keadaannya stabil, tetapi belum mengetahui bila dapat keluar dari wad berkenaan.

“Lemah, tapi lebih baik,” katanya, sambil sesekali memejamkan mata dan sering menarik nafas panjang.

Benjy berkata, sepanjang berada di hospital dia ditemani bapanya, Khairil Anuar Zainal Mukhtar. Ini kali kedua Benjy dimasukkan ke ICU akibat diserang asma. Pada 20 April lalu, Benjy yang ketika itu dalam perbicaraan membabitkan kes dadah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dimasukkan Hospital Pakar Damansara kerana mengalami masalah pernafasan dan asma.

Benjy sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila ditahan polis di rumahnya Mac tahun lalu, untuk membantu siasatan kes pengedaran dadah. Selepas lebih setahun kes itu dibicarakan di mahkamah, Benjy dikenakan hukuman denda RM5,000 kerana kesalahan memiliki 0.24 gram syabu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Hafizza Sauni, 17 Ogos lalu. 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...