Betol-betol Simpati! Kami Blogger Prihatin!

Oleh Kaki Wayang on

http://irmblog.org/wp-content/uploads/2011/08/Young-family-Barmish-village-2_uzbahm0x.azt_.jpg 

Assalammualaikum semua..atas dasar perikemanusiaan dan sokongan kepada kempen TABUNG KEMANUSIAAN SOMALIA  anjuran ISLAMIC RELIEF MALAYSIA..sebagai seorang blogger sudah menjadi tanggungjawab untuk saya menyokong kempen ini..lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini..

Saya terpanggil untuk menyediakan entri ini dan menyeru kepada semua pembaca..sepertimana yang diuar-uarkan oleh Ben Ashaari..walaupun kita tak mampu untuk memberi sumbangan berupa wang ringgit..berdoalah untuk mereka (Masyarakat SOMALIA)..tak pun bolehlah menyediakan entri seumpama ini..bagi menyokong sepenuhnya Kempen Tabung Kemanusiaan Somalia ini..

Sebagai renungan bersama..pernah tak anda terfikir atau bersyukur dengan apa yang ada di Negara kita? Susah tak nak makan? Tak susah kan..sepanjang jalan di seluruh Malaysia terdapat pelbagai jenis makanan..tapi pernah tak kita terfikir apa yang berlaku kat Negara lain terutamanya SOMALIA? Kita bangun je pagi, mak dah sediakan makanan dan sarapan dah untuk kita..tidur sepanjang hari..kemudian bangun tengahari..makan lagi..mak jugak yang masak (bulan puasa jangan makan time tengahari pulak)..di malamnya pula makan lagi..kat Somalia? Entah makan ke tak diorang tu kan?

So kepada sesiapa yang nak menyumbang..terutama disepuluh malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan ini..silakan terus ke laman wen ISLAMIC RELIEF MALAYSIA (IRM)

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...