Betol-betol Tazkirah dan Ucapan Gempak Aidilfitri!

Oleh Kaki Wayang on

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/307892_2393553760476_1299872792_32887024_3699385_n.jpg 

Khas dari Kaki Wayang..Selamat menyambut Hari Raya Maaf Zahir dan Batin..ramai orang ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir..Batin tak de eh..kenapa batin eh? ada sesetengah dari kita menganggap batin tu hanya untuk suami isteri atau hal-hal dalam bilik atau yang sewaktu dengannya..
Cuba anda fikir situasi ini pula:
  • Dengki kat seseorang
  • Wat khianat kat seseorang
  • Memikirkan sesuatu yang tak elok supaya terjadi kat orang yang dibenci
  • Mengumpat orang even dalam hati
Dan semua itu dibuat tanpa luahan kepada orang lain..tapi dibuat dalam hati je tanpa diluahkan dan dilepaskan kepada yang berkenaan (mangsa/ kawan)..bukankah perkara dalaman (dalam hati) itu merupakan perkara BATIN? perkara yang kita tak nampak melainkan orang itu sendiri tahu akan dirinya? Maka di sinilah kita perlulah memohon keampunan Maaf Zahir dan Batin..

Meh baca sesuatu mengenai Sunnah Rasulullah dalam gembira berhari raya:

Mengikut sunnah Nabi, apabila para sahabat bertemu, mereka akan mengucapkan "Taqabbalullah Minna Waminka" yang bermaksud, "semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu". 

Tidak kah dengan mengucapkan kalimah itu lebih baik daripada memikirkan, melakukan dan mengucapkan serta mengungkapkan sesuatu yang sia-sia? Fikir-fikirkanlah..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN khas kepada semua Bloggers, pembaca dan pengunjung serta semua FOLLOWER-FOLLOWER setia Blog Betol-betol Hangat! Sayang kamu laju-laju..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...