Betol-betol Sengal! 16 kucing dibiarkan mati!

Oleh Kaki Wayang on

TERBIAR...kucing yang dibiarkan di luar premis. 
TERBIAR...kucing yang dibiarkan di luar premis.  

Sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.

Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk.

“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.

“Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa sukarelawan dan pemilik haiwan untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di pusat jagaan terbabit,” katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...