Betol-betol Sengal! Cekup isteri berkhalwat!

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgv7H_zvEFJEFPe35Nla02HZoAuR3Xf0a6eqNRM8bD3utvltI6x5FRPoeMMneuOS2rkq-ttjkLmWc1poVHYUYtEcV6_s8OP-rIQvLhbc0c3hoezwNn1q8e0-8K7apEvTg-EM9tWFxXb01o/s1600/adun.JPG

Bahana menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki Bangladesh sejak tiga bulan lalu hingga terlanjur ke bilik tidur, seorang wanita dicekup suaminya di rumahnya di Tanjung Kling, di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, wanita berusia 29 tahun itu dicekup bersama teman lelakinya berusia 28 tahun di rumah keluarganya yang ketika itu hanya dia dan dua anaknya berada di situ.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), Rahimin Bani, berkata ketika pegawai syarak yang ditemani suami wanita terbabit tiba di rumah berkenaan, pintunya berkunci dan selepas memberi salam serta mengetuk pintu, ia dibuka wanita itu. Katanya, lelaki terbabit cuba melarikan diri menerusi pintu belakang, namun dicekup sekumpulan penduduk yang menyertai operasi berkenaan.

“Pasangan itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Tanjung Kling bagi laporan tangkapan sebelum diserahkan kepada Jaim untuk siasatan lanjut,” katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, siasatan mendapati wanita itu berkenalan di kantin kilang tempat lelaki terbabit berkerja dan mereka menjalin hubungan sejak tiga bulan lalu. Katanya, pasangan terbabit mengakui beberapa kali terlanjur dan lelaki itu mendakwa sudah dua kali ke rumah wanita terbabit dengan memaklumkan tujuannya datang pada malam kelmarin untuk berbual.

“Wanita yang mempunyai dua anak berusia tujuh dan lapan tahun itu memberitahu dia tidak lagi tinggal bersama suaminya sejak dua tahun lalu berikutan lelaki terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap,” katanya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...