Betol-betol Hangat! Simple Contest - Radial Blur (Zoom)

Oleh Kaki Wayang on

Simple Contest!

Terbuka kepada semua pelajar yang dah PRO dalam bidang edit mengedit gambar dan Photoshop..Sila buat ataupun edit gambar anda..dan jadikan gambar dibawah sebagai panduan..gambar yang diedit hendaklah mempunyai elemen-elemen yang sama dengan gambar dibawah..
Antara elemen yang diperlukan adalah dengan menggunakan tools seperti:-
1. Eliptical Marquee Tool
2. Layer
3. Copy and Paste
4. Radial Blur – Zoom
**Elemen di atas WAJIB dimasukkan dalam proses editing anda..

Apa yang korang perlu buat adalah:-

1. Gambar yang diedit hendaklah gambar anda sendiri..sebagai bukti anda tidak menipu dengan mendownload gambar orang lain di google..
2. Semua hasil editing hendaklah disimpan (save) dalam bentuk .jpg/ .png dan .psd (untuk proses semakan samaada hasil kerja anda mempunyai elemen yang diwajibkan)
3. Peserta hendaklah memastikan agar penyertaan yang dihantar dalam bentuk WINRAR yang mengandungi .jpg/ .png dan .psd yang tidak melebihi 5MB.
4. Sila hantar penyertaan anda ke puterabiru84@yahoo.com untuk proses semakan

Pemenang akan dinilai berdasarkan:-
1. Hasil gambar yang diedit
2. Kekemasan hasil editing
3. Langkah-langkah dan susunan yang betul untuk memasukkan elemen WAJIB**

Semua penyertaan akan dimasukkan ke dalam http://informations-the.blogspot.com/ kemudian.

Objektif SIMPLE CONTEST:-
Semoga setiap pelajar dapat mempraktikan beberapa tool yang tidak biasa digunakan tetapi sebenarnya mampu untuk menghasilkan kesan khas yang cantik dalam proses editing. Selamat mencuba..Hadiah akan diberitahu kelak..sudah namanya simple contest..hadiah pun simple..tapi amat bermakna..ILMU yang kita dapat lagi bernilai..kan?

**Gambar di atas dibuat dalam masa kurang 2 minit sahaja..so, kamu yang dah pro ni mesti mampu untuk lakukannya..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...