Betol-betol Hangat! Komen Sebahagian Pemenang ASK 2011!

Oleh Kaki Wayang on

Komen Sebahagian Pemenang ASK 2011 
Segala persoalan siapakah pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Skrin 2011(ASK2011), sudah pun terjawab dan majlis anugerah berprestij yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi telahpun berakhir dengan meriah. Selepas lebih sedekad, ASK 2011 merupakan antara majlis terunggul di dalam lipatan sejarah industri tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya. Ikuti apa kata para pemenang pada malam gemerlapan yang telah dihoskan Ally Iskandar dan Rozita Che Wan serta disiarkan secara langsung di TV3.

Sabri Yunos - Pengarah Terbaik, Lakon TV Terbaik, Drama Terbaik, Videografi Terbaik (Sanggul Beracun)

"Saya sama sekali tidak menjangkakan kemenangan sebesar ini. Mana taknya, ini percubaan pertama saya menulis skrip dan mengarah drama tetapi sudah membuahkan hasil yang cukup membanggakan. "Bagi saya, sudah tercalon pun sudah cukup dan apa yang saya harapkan sangat pada malam ini, supaya Erra Fazira menang sebagai Pelakon Wanita Terbaik Drama. Tapi agak kecewa kerana dia gagal. Bagaimanapun di mata saya, dia adalah yang terbaik untuk drama ini".

Nadiya Nisaa - Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem (Cun)

"Saya akui kejayaan ini sangat berbaloi kerana watak yang saya bawakan dalam Cun adalah sangat mencabar. Lagipun sebelum ni abang Osman Ali (pengarah filem Cun) sendiri ada memuji lakonan saya. "Jadi bertitik tolak dengan anugerah ini saya harap saya dapat mengisi lagi banyak karya-karya terbaik pengarah dan pernerbit yang ada".

Siti Shahrizah a.k.a Eja - Pelakon Wanita Terbaik Filem (Janin)

"Syukur Alhamdulilah, akhirnya segala kesabaran dan kerja keras saya dalam dunia lakonan selama ini telah dilihat dan dapat memikat hati juri. "Yalah kalau nak ikutkan saya jarang sekali buat filem dan bila sesekali terlibat ianya sangat berbaloi.Kejayaan ini memberi lebih rasa percaya pada kebolehan diri".

Remy Ishak - Pelakon Lelaki Terbaik Filem (Cun)

" Seperti biasa, saya memang tidak menjangkakan kemenangan ini. Saya tak tahu apa kritirea yang dilihat oleh pihak juri sehingga mereka memilih saya sebagai pemenang anugerah ini. "Tetapi saya rasa mungkin sebab watak yang saya lakonakan dalam filem Cun berbeza. Jika sebelum ini, watak-watak yang saya bawakan lebih serius tapi dalam Cun watak saya lebih bebas dan berbetuk komedi".

Datin Paduka Umie Aida - Pelakon Wanita Terbaik Drama (Air Mata Salina)

"Sudah lama saya tidak dicalonkan dalam ASK dan Alhamdulillah kali ini saya memenangi kategori ini buat kali ketiga. "Saya sibuk dengan teater Badai Semalam sekarang ini, jadi hanya semalam baru saya rasai kehangatan anugerah ini. "Bersaing dengan Erra Fazira, saya lihat ianya sebagai satu perkara yang sihat. Kemenangan ini merupakan cabaran buat saya dalam meningkatkan lagi mutu lakonan selepas ini". katanya.

Osman Ali -Pengarah Terbaik Filem (Cun)

"Sebenarnya saya mengharapkan pelakon-pelakon saya memenangi anugerah yang dipertandingkan. Mereka telah bekerja keras untuk memberikan yang terbaik dalam filem ini. " Syukur untuk kemenangan saya kali ini dan ini juga merupakan anugerah paling besar pernah saya terima berbanding sebelumnya".

Syamsul Yusuf - Anugerah Yasmin Ahmad

"Saya terkejut dan tidak sangka saya akan diberi anugerah khas ini. Sudah tentu anugerah ini berbeza kerana ia berbentuk peribadi. "Terima kasih pada semua yang tidak henti-henti menyokong saya selama ini. Biarpun saya selalu sahaja rasa rendah diri dengan hasil kerja saya, namun mereka-mereka itulah yang banyak memberi saya semagat untuk terus berkarya".

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...