Betol-betol Hangat! Pawagam MidValley dibuka semula!

Oleh Kaki Wayang on

Berita sebelumnya DI SINI: Gempar Pawagam Mid Valley Terbakar

GSC Mid Valley semalam menyambung semula penayangan filemnya selepas ditutup sehari berikutan kebakaran kecil di koridor belakang sebuah dewan panggung, kelmarin.

Golden Screen Cinema Sdn Bhd dalam satu kenyataan semalam berkata, pasukan pawagam itu mengambil tindakan segera menangani perkara berkenaan dan meminimumkan gangguan kepada perniagaannya. Syarikat itu berkata, mereka yang terbabit dengan pembatalan penayangan filem di GSC Mid Valley kelmarin boleh pergi ke kaunter tiket GSC Mid Valley untuk mendapatkan bayaran balik tiket.

Mereka boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan GSC di talian 03-7806 8888 atau menghantar e-mel kepada custserv@g sc.com.my, kata syarikat itu.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...