Betol-betol Serius! Justin Bieber dituduh Hamilkan Mariah Yeater!

Oleh Kaki Wayang on



LOS ANGELES: Penyanyi lagu Baby, Justin Bieber dituduh telah menghamilkan seorang peminatnya bernama Mariah Yeater. Menurut laporan Star Magazine, gadis berusia 20 tahun itu tampil membuat pengakuan telah melahirkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang merupakan anak kepada penyanyi tersebut.

Justeru itu, Mariah telah menuntut Bieber dan kekasihnya Salena Gomez untuk memberi nafkah kepada bayi tersebut. Bagaimanapun, pihak pengurusan Bieber telah mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan itu dan menganggap ia sebagai fitnah.

"Kami belum terima apa-apa tuntutan rasmi dari wanita tersebut dan menganggap ia sebagai fitnah.

"Malah kami akan mengambil tindakan mahkamah jika tuduhan tiada bukti ini diperbesarkan," ujar pihak pengurusan Justin Bieber dalam satu kenyataan media.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...