Edisi Sentap! Jakarta 'berkabung' gara-gara kekalahan skuad Garuda!

Oleh Kaki Wayang on


Jakarta seolah-olah 'berkabung' meratapi kekalahan skuad Garuda kepada Harimau Muda pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA XXVI di Stadium Utama Gelora Bung Karno, kelmarin. Suasana di sekitar bandar raya ini semalam, iaitu sehari selepas kekalahan 3-4 Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti kepada Malaysia, bertukar suram berbanding sebelum ini.

Jika dua minggu lalu ketika acara bola sepak Sukan SEA di peringkat awal saingan, suasana bandar raya ini meriah dan berpesta dengan kehadiran kumpulan penyokong Indonesia yang berbaju merah, namun semalam segala-galanya berubah. Tiada lagi kelibat kumpulan penyokong fanatik Garuda di sekitar bandar raya ini.

Suasana di sekitaran stadium juga lengang, bukan sahaja kerana acara bola sepak sudah berakhir, tetapi peminat seperti tidak mahu lagi memandang gelanggang yang menghampakan harapan mereka untuk memenangi emas Sukan SEA selepas menantinya selama 20 tahun.

Kaki-kaki bola juga seperti enggan lagi mengingatkan saat perit tewas kepada 'musuh abadi' 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti. Seorang peminat bola sepak yang hanya mahu dikenali sebagai Yanto berkata, dia masih merasa kecewa kerana kekalahan pasukannya kelmarin.

Menurutnya, kekalahan kelmarin bukan sahaja mengecewakan penonton yang hadir ke perlawanan akhir tetapi turut dirasai mereka yang menontonnya di kediaman dan luar stadium.

"Bola sepak merupakan sukan No. 1 di sini. Kami memang mengharapkan kemenangan dalam acara ini.

"Final kelmarin lebih menarik dan mendebarkan kerana kami berdepan Malaysia, tetapi akhirnya kami kalah. "Sudah tentu kekalahan itu mempengaruhi mood kami hari ini. Namun, tiada apa yang mampu kami lakukan, mahu atau tidak kami terpaksa menerima keputusan ini.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...