Live Streaming Indonesia vs Malaysia - Perlawanan Bolasepak Sukan SEA 2011

Oleh Kaki Wayang on

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgkiIkNdWID_PXYHuumuIDpce6a_lvgP5xA00-FTI3iDD-Hwbuxj-MwVqUAPqYsBvXlbUi9gY3ArQRK-Yc1dXUTRP1nCYnsn9ws3yViEMZgcLyT6Ses6VHICx6TOH3SNJbrxuvQQXdgieU/s1600/Indonesia-Vs-Malaysia.gif

Apa yang aku harapkan adalah, pasukan Malaysia akan memenangi perlawanan pada malam ini..Bertemu dengan Pasukan Indonesia yang sejak akhir-akhir ini pasukan bawah 23 tahun mereka begitu konsisten apabila memenangi kesemua tiga perlawanan bola sepak Sukan SEA 2011..

Lihat saja rekod pertemuan mereka sebelum ini..perlawanan pertama membabitkan Indonesia menentang Kemboja yang memihak kepada pasukan tuan rumah Sukan SEA 2011 itu dengan 6-0..kemudiannya menewaskan Singapura dan seterusnya menewaskan Thailand 3-1..sudah membuatkan Pasukan Malaysia gerun dengan pencapaian itu..

Namun begitu, bukan Indonesia sahaja yang meningkat akan mutu pasukannya..malah Malaysia juga merupakan salah satu pasukan yang semakin meningkat dan konsisten..merupakan pemenang Pingat Emas Sukan SEA 2009 menyebabkan Malaysia kini menjadi sebuah pasukan yang sentiasa diintai akan musuh-musuh dari pasukan lain..semua pasukan ingin menewaskan Malaysia..lebih-lebih lagi Malaysia kini merupakan Juara Bolasepak AFF..

Berbekalkan semangat itulah, kita mengharapkan anak-anak buah Ong Kim Swee mampu memungut mata penuh pada malam ini sekaligus meraih tempat dalam Separuh Akhir Bolasepak Sukan SEA 2011..kepada peminat-peminat bolasepak Malaysia dan kepada semua rakyat Malaysia..jom sama-sama kita berikan sokongan..yang tak dapat pegi ke Indonesia tu macam aku kita tengok TV jelaaa yerr..ASTRO ARENA 801 pukul 8.00 malam ini...


ATAU



Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...