Edisi Hangat! Fizo Omar berhutang RM2.5j

Oleh Kaki Wayang on


“Hidup siapa tenteram kalau tiba-tiba terpaksa menjadi penjamin hutang lebih RM2.5 juta sedangkan saya tidak tahu apa-apa,” kata pelakon terkenal, Fizo Omar selepas menyedari dia menjadi penjamin bagi pinjaman bank yang dibuat sebuah syarikat di Damansara, di sini.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 26, berkata dia mengetahui mengenai pinjaman itu selepas dihubungi pihak bank yang memaklumkan tunggakan bayaran oleh peminjamnya.

“Semuanya bermula pada 2008 sebelum saya menceburi bidang lakonan. Saya dilantik menjadi ahli lembaga pengarah sebuah syarikat yang dikendalikan seorang kenalan.

“Saya keluar daripada syarikat itu pada hujung tahun sama kerana mahu menumpukan karier sebagai pelakon sehingga saya mengetahui bank menghantar notis tahun lalu kerana kegagalan menjelaskan pinjaman,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat untuk mendapatkan bantuan perundangan di sini, semalam.

Menurutnya, dia mengambil masa setahun menyelesaikan masalah itu secara peribadi dan melalui pelbagai dilema sebelum tampil mendapatkan bantuan di SukaGuam.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...