Edisi Kaki Wayang! Tony Jaa dan Aaron Aziz bergabung dalam KL Gangster 2!

Oleh Kaki Wayang on


Tony Jaa Dalam Filem KL Gangster 2?

Dari satu sumber yang boleh dipercayai..berita ini pastinya akan mengemparkan dunia lakonan tanahair apabila Tony Jaa yang begitu terkenal dalam lakonannya siri Ong Bak dikatakan akan berlakon dibawah arahan Syamsul Yusof..Nampaknya filem KL Gangster ini bakal menarik lebih ramai lagi kaki wayang untuk menonton filem ini..

Berikut merupakan sedikit mengenai kenyataan tersebut..

Menurut Berita Harian, ia bukanlah filem susulan, sebaliknya kisah yang berlaku sebelum cerita yang disaksikan penonton dalam filem pertama. Maknanya, filem prekuellah tu. Dan, ia juga lebih hebat apabila kos penerbitannya pun mencecah RM3 juta.

Ramai pelakon asal yang muncul dalam KL Gangster akan kembali menghangatkan filem kedua ini. Antaranya ialah Aaron Aziz, Adi Putra, Shoffi Jikan, Sheera Iskandar dan Zizan. Lepas tu ada terdengar khabar angin mengatakan, pelakon aksi terkemuka Thailand, Tony Jaa pun akan diundang sama memeriahkan filem itu!

Kalau benarlah, maka nilai komersial filem kedua ini tentulah bertambah lagi. Kita semua bukannya tak kenal siapa Tony Jaa.Dia kan bintang lasak cukup hebat yang menggegarkan pawagam setiap kali muncul dengan siri filem Ong Bak. 

Tak sabar rasanya nak menonton filem ini...

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...