Edisi Segmen Review! Blogger Picisan - Arachis Afiq!

Oleh Kaki Wayang on

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh bloggers..seperti yang dijanjikan ini merupakan 5 blog yang pertama yang terpilih..dan setakat ini..saya masih belum lagi berniat untuk memilih secara rambang..untuk pengetahuan semua, saya telah melihat dan membaca walaupun bukan keseluruhan blog dan tajuk..tapi saya telah membuat sedikit penilaian berdasarkan pengalaman dan kesannya kepada pembaca sekiranya blog anda seperti itu dan ini..

Sebelum memulakan “review” ringkas ini, nak tanya kat korang semua..dah g tengok dan terjah ke belum blog kengkawan yang lain? Dah jadi follower diorang belum? Harap-harap semua dah yer..dapatlah kriteria dan syarat ini dipenuhi..pertamanya, tahniah kepada 5 blog pertama yang terpilih ini..semoga pemilihan ini dapat memberikan manfaat kepada blog anda dan blogger-blogger yang lain..

Kebanyakan blog yang telah saya lawati hampir keseluruhannya adalah blogger baru..sama seperti saya juga..dan saya rasa saya tidak boleh bertindak terlalu kejam tanpa memilih mereka sebagai blog pilihan untuk direview dan diiklankan..


Assalammualaikum saudara Afiq..terima kasih kerana telah menyertai segmen ini dan tahniah anda terpilih..Apa yang boleh saya katakan di sini..anda mempunyai sebuah blog yang baik..dan teguran yang akan saya berikan lebih kurang sama dengan teguran saya pada Blog ES..sebab kamu berdua menggunakan beberapa tools yang tak berapa nampak akan fungsi dan penggunaannya..

Widget Shout Mix perlu dibuang agar ianya tidak disalah guna oleh sesetengah golongan..Feedjit pun begitu juga..kita tidak perlu sebenarnya untuk meletakkan widget itu di situ kerana kalaupun kita letakkan ianya di situ hanya untuk mengetahui dari mana datangnya trafik blog kita..ianya sangat tidak banyak membantu..anda sebenarnya boleh dapatkan info trafik pengunjung anda dari fungsi statistic dalam blog anda ataupun anda boleh dapatkannya secara tepat pada tool Nuffnang..ianya akan dapat membantu blog anda agar kelihatan lebih kemas.

Dari segi penulisan..tahniah anda mampu menulis artikel dengan baik walapun ianya boleh diperbaiki lagi..dan yang paling penting perlunya kepelbagaian dalam memberi tajuk perkara dan menulis lebih banyak artikel kerana ianya menjadi senjata utama untuk menarik lebih ramai pengunjung anda..

Antara cadangan saya..setelah anda memperbaiki susunatur widget anda dan buang mana yang anda rasa tak perlu..dan menulis dengan lebih banyak artikel..anda perlu kemaskan META CONTENT anda bagi tujuan agar blog anda mesra dengan enjin carian google.

Maafkan saya seandainya terkasar bahasa yer saudara Afiq..keep blogging..

Blog anda akan mula diiklankan esok pada 
IMAGE SLIDER di atas!!!

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...