Edisi Sentap! Hebatnya mereka!

Oleh Kaki Wayang on

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Salam dihulur maaf dipinta seandainya entri pada kali ini agak emosi sikit (walaupun tak emosi langsung)..dari pagi tadi sampailah sekarang satu hal yang pasti dan agak sentap..line internet amat kurang memuaskan..Kampung Baru, Keningau nampaknya masih jauh jika dibandingkan dengan kampung-kampung lain diserata dunia ini..bukan apa..kampung lain "mungkin" line internetnya jauh lebih baik dari sini tapi apakan daya..sudah 7 tahun berlalu namun tiada ura-ura untuk diperkemaskan lagi sumber yang begitu penting dalam dunia teknologi dan tanpa sempadan sekarang..INTERNET..

Bukan itu je sebenarnya, tap terlalu banyak yang harus diungkapkan di sini bagi memberi peringatan kepada wakil-wakil rakyat yang nampaknya kurang memberi sumbangan dan impak sepanjang menabur bakti mereka sebagai wakil rakyat..tapi biarlah ianya akan dikupas pada sesi yang akan datang..kita lupakan mengenai wakil rakyat yang menjengkelkan aku itu..back to the main topic..

Dari pagi tadi, aku berblogwalking sana, sini dan situ  bagi mendapatkan inspirasi dalam berblog..bermula dengan blog Denaihati yang memaparkan 5 Blog yang kerap dilawati menyebabkan semangat ingin tahuku membuak-buak untuk melihat dan membacanya tatkala blog Denaihati juga merupakan blog yang kerap aku lawati..

SENARAI 5 BLOG YANG KERAP DILAWATI 2011 (Menurut Denaihati)

2. Ariffshah.com (17)
3. Kujie2.com (16)
4. Amanz.my (12)
5. Redmummy.com (11)

Daripada senarai yang dikeluarkan dapat aku simpulkan sebagai..Ya, memang blog yang disenaraikan itu kerap dilawati dan rata-rata pembaca bersetuju dengan senarai yang diberikan oleh DH (Denahati)..setelah diperhati satu-satu..blog mereka memang mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri..tak nak cakap pasal kelemahan sebab mereka-mereka ini sebenarnya memang blogger yang begitu berpengalaman dalam dunia blog..dan aku begitu "cemburu" akan kejayaan mereka itu..dan sudah pasti ramai diantara kami yang tak begitu memberangsangkan prestasinya juga pasti mencemburui pencapaian mereka sekarang..

Maksud HEBAT pada tajuk di atas bukanlah mengiakan akan kehebatan mereka kerana tidak ada yang hebat melainkan Allah SWT..hebat yang dimaksudkan adalah kehebatan mereka dalam berblog sehinggakan mampu menarik ramai pembaca untuk singgah ke blog mereka..diharapkan aku juga mampu menggapai pencapaian dan impianku untuk menjadi salah seorang blogger berjaya yang aku anggap misi mustahil untuk dilaksanakan..tapi tidak ada yang mustahil kan..

Semoga aku berjaya mencapai apa yang aku inginkan..terima kasih kepada pembaca-pembaca yang datang ke blog ini..ingat..hati kena ikhlas dalam dunia blog ini..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...