Edisi Sentap Mak Jemah! Iqbal Mazlan Sangkal Miliki Anak Luar Nikah!

Oleh Kaki Wayang on


Pelakon Iqbal Mazlan (Pilih Kasih musim pertama), 23, menolak sekeras-kerasnya tuduhan dia mempunyai seorang anak luar nikah hasil hubungan dengan bekas kekasihnya seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Kata Iqbal, bayi berusia 10 bulan yang diberi nama Muhammad Adam Zulkarnain itu sebenarnya anak kepada pasangan warganegara Filipina yang diberikan kepada keluarganya akibat desakan hidup.

"Saya tidak kisah dengan tuduhan orang yang memfitnah saya mempunyai anak luar nikah. Senakal-nakal diri ini, tak adalah sampai saya nak buntingkan anak orang. Lebih baik saya kahwin sahaja.

"Pada mulanya saya tak terfikir pun untuk jadikan Adam sebagai anak angkat saya tapi bila fikir masa depannya, timbul rasa kasihan sehinggalah saya terbuka hati untuk menjadikan dia anak angkat saya atas persetujuan keluarga. Dalam masa yang sama saya telah mengislamkannya. Itu lebih baik,” katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Walaupun memikul tanggungjawab yang berat pada usia muda, Iqbal menganggap ia sebagai satu cabaran yang perlu dilalui tetapi dalam masa serupa dia khuatir Adam akan kembali kepada pangkuan ibu bapanya apabila dewasa kelak. "Tak dinafikan saya agak risau tentang risiko yang bakal dihadapi nanti. Apa-apa pun, Adam akan dijaga sebaik mungkin dan apabila sudah meningkat dewasa dan sudah pandai menilai perkara baik dan buruk, saya akan beritahu tentang asal usulnya sedikit demi sedikit.

"Bagaimanapun, tanggungjawab saya sekarang ialah memastikan Adam diberi pendidikan dan kasih sayang yang secukupnya sehingga dia berumur 18 tahun.

"Kemudian dia diberi pilihan sama ada ingin kekal dengan saya atau kembali kepada ibu bapanya. Apa yang akan berlaku nanti, saya serahkan kepada Allah," ujarnya.

Kesibukan Iqbal sebagai seorang pelakon dan bapa juga membuatkan masanya agak terbatas untuk memikirkan hal peribadi termasuklah tentang kekasih hati. Beritahu Iqbal, dia tahu, bukan mudah untuk berkasih sayang dengan seorang wanita lebih-lebih lagi apabila seseorang itu mendapat tahu dia sudah memiliki seorang anak angkat.

Namun, pelakon ini telah meletakkan syarat, bakal teman wanita atau isterinya nanti bukan sahaja perlu menerimanya bahkan juga Adam.

"Memang sejak saya menjaga Adam, agak susah untuk saya mempunyai teman wanita. Bagaimanapun, ia bukan satu isu besar kerana saya sanggup melepaskan cinta demi Adam.

"Malah, demi anak itu juga, saya sanggup berkorban untuk tidak berkahwin selama-lamanya," tegas Iqbal.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...