Edisi Sentap Mak! Payudara Miley Cyrus Palsu?

Oleh Kaki Wayang on

 
Penyanyi dan pelakon popular remaja, Miley Cyrus, 19 telah mengejutkan ramai pihak apabila tampil dengan persalinan menjolok mata ketika menghadiri majlis CNN Heroes: An All-Star Tribute yang telah diadakan di Los Angeles, Ahad lalu.

Dia yang menyarungkan gaun kuning adi busana rekaan Roberto Cavalli pada majlis berkenaan, telah menunjukkan sebahagian payudaranya sekaligus telah menjadi bualan hangat di laman Twitter yang mengatakan bahawa beliau telah menjalani pembedahan payudara.

Kemunculannya itu juga telah menjadi isu di dalam majalah Star yang telah mendapatkan sendiri pendapat dari beberapa orang pakar bedah kosmetik bagi mengesahkan bahawa bintang Disney itu telah membuat rawatan bagi membesarkan payudaranya

Seorang pakar bedah kosmetik dari Vitahl Medical Aesthestics di Colorado telah mengesahkan majalah berkenaan bahawa Miley telah membuat pembedahan di bahagian berkenaan dan menganggap hasil rawatan itu sangat sempurna sesuai dengan rangka tubuh badan Miley yang kecil.

Namun, Miley menerusi laman Twitter miliknya menulis bahawa payudaranya itu adalah asli apatah lagi dalam usianya yang semakin meningkat matang, maka tidak hairanlah jika dia memiliki aset semulajadi berkenaan.

Dia juga menulis, agar tidak semua orang boleh menganggap supaya tidak semestinya semua perlu palsu untuk sentiasa kelihatan cantik.

Walaupun Miley menafikan bahawa dia tidak menjalani pembedahan bagi membesarkan payudaranya, namun sepanjangn 2011 beberapa orang selebriti seperti LeAnn Rimes, Nicole Richie dan Farrah Abraham telah menjalani pembedahan bagi mencantikkan payudara mereka. 

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...