Edisi Sentap! Mangsa asid azab!

Oleh Kaki Wayang on

REDA... Mahyuddin menunjukkan kesan simbahan cuka getah oleh isterinya dalam kejadian Ogos lalu.
“Semua yang berlaku sudah suratan takdir dan isteri sekadar menjadi penyebabnya,” kata Mahyuddin Abdullah, 47, yang menjadi mangsa simbahan cuka getah oleh isterinya dalam kejadian di Kampung Kok Lanas, di sini, Ogos lalu. Akibat kejadian itu, Mahyuddin yang sebelum ini berniaga murtabak di pasar malam sekitar Kok Lanas, dekat sini, menanggung azab apabila muka dan separuh badannya melecur, manakala mata kanannya pula buta.

Difahamkan, sejak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan II (HRPZ II), sudah tiga pembedahan dilakukan termasuk pembedahan pemindahan kulit dan telinga, sebelum disusuli pembedahan mata kanan oleh pakar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.Mahyuddin berkata, kehidupannya berubah selepas kejadian berkenaan kerana selain cacat, pergerakannya terbatas sehingga terpaksa mendapatkan bantuan keluarga dalam menguruskan dirinya.

“Saya tidak pernah menyimpan dendam terhadap isteri walaupun terseksa menanggung derita akibat perbuatannya. Sebagai suami, saya tidak berhak membalas perbuatannya dan biarlah Tuhan mengadilinya.

“Saya juga perlu muhasabah diri untuk menjadi insan lebih baik. Dalam keadaan sekarang, hanya keluarga menjadi punca kekuatan saya untuk meneruskan hidup,” katanya ketika ditemui di rumah ibunya di Kampung Sireh Bawah Lembah, dekat sini.


Ditanya mengenai hubungan dengan isterinya, sehingga hari ini, Mahyuddin mengakui mereka masih suami isteri tetapi tidak pasti apa akan berlaku pada masa akan datang.

“Selepas kejadian itu, kami tidak pernah berjumpa dan saya hanya berkesempatan bertemu seorang anak perempuan berusia 15 tahun,” katanya yang mengakui dirinya tidak membuat sebarang laporan polis atas tindakan isterinya.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...