Edisi Sentap! Upah penari bogel di majlis kahwin anak

Oleh Kaki Wayang on

Polis China memberkas seorang lelaki yang mengupah dua orang penari bogel untuk membuat persembahan di majlis perkahwinan anaknya, setelah penduduk kampung menyerbu tempat persembahan itu, menurut laporan akhbar, semalam.

Zhang Cheng, dari Xuzhou di timur wilayah Jiangsu pada mulanya mahu mengupah sebuah kugiran membuat persembahan di majlis perkahwinan itu, tetapi telah dinasihati dia boleh mendapat ‘persembahan istimewa’ sekiranya mengupah dua orang ‘penghibur’ itu.

“Setelah menyaksikan persembahan itu, Zhang membuat keputusan ia sesuai untuk majlis perkahwinan anak lelakinya dan mengupah dua orang penari bogel itu,” kata laporan akhbar Global Times.

Tidak sampai lima minit, beratus-ratus penduduk kampung yang konservatif telah menyerbu untuk menyaksikan persembahan itu. 

Zhang telah ditahan keesokan harinya tetapi tidak diberitahu atas dakwaan apa.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...