Edisi Sukan Sentap! Chen Long mimpi ngeri baru Chong Wei!

Oleh Kaki Wayang on



Pemain China, Chen Long semakin membina reputasinya sebagai mimpi ngeri buat Lee Chong Wei apabila menghantar pulang jagoan negara itu dalam Kejohanan Siri Super Dunia Akhir 2011.
Juara bertahan, Chong Wei terpaksa bangkit selepas tumpas dalam set pertama, namun pencabar dari China itu mendominasi perlawanan ketiga yang berlangsung di Liuzhou itu untuk menamatkan harapan Chong Wei untuk mencipta hatrik bagi kejuaraan berkenaan dengan keputusan 21-16, 16-21 dan 21-18.

Corak permainan Chen Long mirip rakan senegaranya, Lin Dan untuk menyekat pergerakan Chong Wei dan mendorongnya untuk melakukan kesilapan tidak sewajarnya.

Lebih memburukkan keadaan, kekalahan terbaru Chong Wei ini merupakan yang ketiga dalam empat pertemuan terakhir mereka, sekaligus menjadikan Chen Long sebagai prospek yang  mampu mengecewakan negara bagi meraih emas Olimpik tahun depan selain daripada Lin Dan.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...