Edisi Hangat! Beyonce Selamat Lahirkan Blue Ivy Carter!

Oleh Kaki Wayang on

Beyonce Selamat Lahirkan Blue Ivy Carter

Penyanyi dan pelakon antarabangsa, Beyonce Knowles akhirnya telah selamat melahirkan cahaya pertamanya bersama Jay-Z di Hospital Lenox Hill, New York pada tengahari semalam. Menurut laporan E! Online, pasangan selebirti berkenaan telah pun menamakan puteri sulungnya dengan Blue Ivy Carter setelah mendapat tahu mereka bakal menimang cahaya mata perempuan.

Difahamkan Beyonce telah mendaftar masuk kehospital tersebut pada malam Sabtu lalu dengan nama samaran Ingrid Jackson supaya dirinya tidak dikenali.

Namun, kehadiran Beyonce ke hospital tidak dapat diselindung lagi apabila ramai orang awam dan pihak media datang menyerbu hospital berkenaan sehinggakan seluruh kawasan tingkat empat yang diduduki Beyonce dikawal ketat. Malah doktor serta jururawat juga tidak dibenarkan masuk ke tingkat tersebut.


Selain itu, kelahiran puteri pertama Beyonce juga telah mendapat perhatian beberapa selebirti di sana seperti Rihanna dan Kelly Rowland yang turut memberi ucapan tahniah ke atas kelahiran bayi berkenaan. Beyonce dan suaminya, Jay-Z telah berkahwin pada April 2008 dan kelahiran Ivy sudah lama dinanti-nantikan oleh pasangan tersebut.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...