Edisi Hangat! Watie (Elite) & Joey Nikah Dalam Diam!

Oleh Kaki Wayang on

Penyanyi dan pelakon Norwati Sadali (Watie Elite), 35, dilaporkan telah bernikah dengan pelakon Zulkifli Daud (Joey), 38, dalam diam.

mStar Online dimaklumkan mereka telah bernikah dalam satu majlis ringkas yang dihadiri oleh keluarga terdekat kedua belah pihak pada hujung tahun lalu.

Watie yang dihubungi bagaimanapun enggan menyatakan secara jelas status perkahwinannya tetapi tidak menafikan atau mengiakan hal tersebut.

Kontroversi hubungan Watie dan Joey mula tercetus apabila mereka dikatakan menjalin hubungan sewaktu bertemu ketika penggambaran drama bersiri Blues Pasar Tani pada Mac tahun lalu di Muar, Johor.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...