Edisi Sentap! Aidil, Zaquan Adha dan Ayu Raudhah tinggalkan Rita Rudaini!

Oleh Kaki Wayang on

Konflik dalam perkahwinan pasangan pelakon dan bintang bola sepak negara iaitu Rita Rudaini Mokhtar-Aidil Zafuan Abd Radzak bagai tiada kesudahannya.

Terbaru, dia dan adik iparnya Zaquan Adha Abd Radzak dilaporkan bertelagah di laman Twitter selepas pemain bola sepak itu dikatakan telah menasihati Rita agar tidak menyebarkan fitnah yang menuduh Zaquan melakukan perkara tidak baik terhadap seorang wanita.

Zaquan mendakwa tuduhan Rita sebagai satu ugutan yang bertujuan untuk menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali.

Dalam responsnya, Rita sekali lagi menyelar pihak tertentu yang cuba mencampuri urusan rumah tangganya sehingga menggoyahkan tahap kesabaran.

Lebih memburukkan keadaan, suami aktres itu pula dilaporkan telah meninggalkan rumah mereka di Damansara sejak seminggu lalu ketika Rita dan dua anak mereka Airit Rayyan Rizqin, tiga dan Airit Rafqa Arjuna, sembilan bulan, pulang ke kampung di Kangar, Perlis.

Jelas Rita, dia menjadi bertambah terkejut apabila diberitahu oleh pembantu rumah bahawa Aidil dilihat bersama kembarnya Zaquan Adha dan isteri juga pelakon Ayu Raudhah berkomplot membantu Aidil keluar daripada kediaman tersebut.

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
0 Comments

{ 0 Komen Membina!... read them below or add one }

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...