Edisi Panas! Perhatian Kepada Semua Blogger Busuk.org Kini Sudah Mula BAN Blog Lucah - Amekkaw!

Oleh Kaki Wayang on


Terlalu banyak sebenarnya yang perlu dibersihkan kat Blog Ping Busuk.Org tu..dari hari ke hari, blogger yang kehausan trafik begitu ghairah untuk "mengeping" pelbagai cerita lucah disamping gambar-gambar yang boleh dikatakan 18SX..setiap hari Busuk.Org dihujani dengan bermacam-macam cerita yang menjurus ke arah itu - LUCAH!..

Orang lain yang begitu "setia", "jujur" dalam penulisan mereka menjadi mangsa apabila blog mereka langsung tidak di"sentuh" mahupun dilawati..dan ini menyebabkan tujuan utama Busuk.Org untuk berkongsi cerita dan trafik antara satu sama lain tidak kesampaian..kadang-kadang kesian tengok blogger lain bila tengok hits yang mereka dapat hanyalah 1, 2..dan lebih parah lagi hits yang mereka capai adalah "0"..sampaikah tujuan utama BUSUK.ORG? Sure admin busuk akan kata TAK SAMPAI!!!

Diharapkan semua blogger faham dan tahu akan sensitiviti blogger lain..jadikan Busuk.Org sebagai sebuah medium perkongsian yang bersih dari gejala ini..korang nak ke Busuk.Org jadi "tak suci" disebabkan entri korang yang tak berapa nak suci tu..tak payah dah kot buat post-post video, cerita dan gambar-gambar lucah kat situ..

Yer, faham korang nak trafik..tapi janganlah kat blog korang tu ada 10 entri terbaru semuanya entri LUCAH..pastu kesemuanya PING kat BUSUK..tak cukup ngan itu ping kat FB, Twitter dan Blogged.my, Kartikel.com..dan macam-macam lagi..tak kemana kalau kita semua nak buat entri mengarut macam tu..umur kita semakin lama semakin meningkat..takkan dah umur 40 tahun pun masih semangat nak buat post macam tu..cuba-cubalah post benda yang berfaedah sikit.."dapat trafik, dapat pahala dan dapat sampaikan ilmu yang berguna"..

Saya ni bukanlah baik sangat pun..cuma kadang-kadang terfikir..sampai bila kita nak buat post-post macam tu..kan..

P/s: Jangan pula nanti kata.."itulaaa ko tak buat post macam tu..tu sebab orang tak masuk blog ko"..InsyaAllah usaha kita nanti pasti akan ada hasilnya..tak pelah diorang post benda tak baik dapat "trafik dan dosa" tapi kita (blogger setia dan jujur dalam penulisan) dapat trafik, pahala dan ilmu yang tiada kesudahan apabila disampaikan..

Mengenai Penulis:

Kaki Wayang mula terlibat dan serius dalam dunia penulisan kreatif sejak tahun 2006. Beliau juga terlibat dalam penciptaan lagu dan lirik lagu Nasyid dan pernah menjulang nama Politeknik Muadzam Shah apabila menjuarai Pertandingan Lagu-lagu Patriotik di PNM, Kuala Lumpur pada tahun 2007.

Ikuti perkembangan terbaru beliau melalui @ Blog Paling Hangat! | Facebook

Comments
2 Comments

{ 2 Komen Membina!... read them below or add one }

josrevalution said...

SOKONG2.. :)

Kaki Wayang said...

Diharapkan agar semuanya akan kembali baik di BUSUK!!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...